SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Friday, October 15, 2010

BORANG KEMASUKAN TING. SATU 2011

Untuk makluman,
Borang kemasukan ke Ting. 1 ke SM Agama Rembau 2011 boleh diperolehi di Pejabat SMA Rembau mulai 18 Oktober 2010. Kepada sesiapa yang berminat boleh membeli borang tersebut pada harga RM 2.00. Syarat minimum untuk pemohonan -
UPSR- 2 A tanpa E.

Sunday, October 3, 2010

TERKINI

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
  • KEPADA SEMUA CALON PMR 2010
SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ANDA

  • KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

---------------------------------------------------------------------------------

WARGA BARU

Selamat Datang diucapkan kepada ahli keluarga baru SMA Rembau.

CIKGU YANTI JU LAIDY BINTI HUSSIN

Wednesday, August 4, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 53 bagi tahun 2010 telah dilaksanakan secara sederhana pada 4 Ogos 2010 di tapak perhimpunan SM Agama Rembau. Majlis ini telah disempurnakan oleh Cikgu Iskan sebagai wakil pihak pentadbir sekolah. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd. Hafizuddin dari 4 Imtiyaz dan diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Saudari Nurul Anis Syafiqah dan nyanyian lagu patriotik dari pelajar 4 Imtiyaz. Acara seterusnya adalah acara penyerahan utusan kemerdekaan yang ditandatangan oleh Cikgu Iskan. Penutupan majlis ini telah semarkkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang diiringi dengan lagu iringan.

'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53'.

Friday, July 9, 2010

BULAN MEMBACA DAN PSS 2010

Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Julai. Pertandingan pertama akan dilaksanakan pada 21 Julai dan 28 Julai. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti Pusat Sumber dan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap fungsi dan peranan PSS sebagai sumber rujukan.
Di samping mengenalpasti potensi diri individu serta meningkatkan keyakinan diri pelajar menerusi pertandingan yang diadakan.

CADANGAN PERTANDINGAN


TARIKH/ HARI - 21 JULAI 2010 / RABU

PENYERTAAN : PERSATUAN

PERTANDINGAN - SPELL IT RIGHT
LOKASI - 5 IMTIYAZ
HAKIM : EN.ISKAN B. DAMURI & PN.KHAIRANI BT. KHALID


KUIZ AM
LOKASI - 3 IMTIYAZ
HAKIM : CIK SITI HAJAR BT. SULAIMAN & EN. MOHD. HELMI B. ABDULLAH


PERTANDINGAN MELUKIS
LOKASI - 1 IMTIYAZ
HAKIM : PN.SITI ARIJA BT. BUANG & PN.NORAINI BT. MOHD. ALI





TARIKH/ HARI - 28 JULAI 2010 / RABU

PENYERTAAN : BADAN BERUNIFROM

KUIZ BAHASA ARAB
LOKASI - 5 IMTIYAZ
HAKIM : UST. MOHD. FAUZI B. DAUD & UST.ANUWAR B. MOHAMAT

BAHAS
LOKASI - 3 IMTIYAZ
HAKIM : CIK NURULHUDA BT. RAMDAN & PN.RAHIMAH BT. HARUN


XPLORACE
HAKIM : EN.SHAH IMRAN B. ABD. WAHAB & PN. HIDAYAH BT. FADIL

HAKIM CHECKPOINT:

• CIK JULIANA BT. MOHD. NOOR
• CIK NOROL HAWA BT.ISHAK
• CIK ZARINA BT. MUDA
• PN. NORAIDA BT. DAHALAN
• PN. NAZIRAH BT. AHMAD
• TN.HJ. MOHD ISA B. ABD.RAHMAN


KEPADA WARGA PELAJAR SMA REMBAU YANG BERMINAT SILA RUJUK GURU PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM ANDA. SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.

' SELAMAT MEMBACA'


SALAM HORMAT GPM SMA REMBAU




Monday, May 31, 2010

Seminar



Program ini terbuka kepada semua pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Sesiapa yang berminat sila hubungi pihak penganjur..Segera jangan ketinggalan......

Thursday, May 27, 2010

KAD PINJAMAN 2010

Perpustakaan Kad Pinjaman Buku yang baru akan dikuatkuasakan mulai 21 Jun 2010. Setiap warga SM Agama Rembau akan menggunakan kad pinjaman tersebut untuk pinjaman buku yang menggunakan kad. Kad pinjaman ini terdiri daripada warna-warna yang berbeza mewakili setiap tingkatan, guru dan staf. Kad pinjaman ini akan disimpan di perpustakaan dan digunakan apabila pinjaman dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan kad berkenaan agar tidak rosak atau hilang di samping memudahkan pinjaman dilakukan pada waktu yang ditetapkan. Semoga warga SM Agama Rembau memanfaatkan kemudahan yang sediakan.
Selamat membaca.

Salam ,
GPM SM Agama Rembau



Contoh kad

Monday, April 12, 2010

Perpustakaan banjir

13 April 2010- Sekali lagi Perpustakaan SM Agama Rembau digenangi air jam 7 pagi tadi. Kejadian ini merupakan kejadian kedua dalam minggu ini. Awal pagi semalam kira-kira 7.15 pagi, perpustakaan SM Agama Rembau buat pertama kalinya digenangi air.Punca kejadian bermula daripada kebocoran tangki air yang terletak di atas siling perpustakaan. Kira-kira dua bulan yang lalu, pihak pentadbiran telah melakukan proses baik pulih.Namun keadaan semakin buruk apabila air menitik dengan lebih kerap dengan kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan bekalan paip utama untuk bangunan pentadbiran ditutup.
Kejadian yang berlaku semalam merupakan yang paling teruk sehingga menyebabkan keseluruhan karpet perpustakaan terpaksa rosak dan ditanggalkan dan semua buku dikeluarkan dari rak buku. Kesan daripada itu, perpustakaan SM Agama Rembau tidak dapat beroperasi sehingga diberitahu kelak.














Saturday, April 3, 2010

Aktiviti PSS

3 April 2010 - Kesukaran mencari ruang masa untuk berkumpul bersama menyebabkan beberapa aktiviti pss terpaksa dijalankan pada hari Sabtu.Perjumpaan yang diadakan semalam cuma dihadiri sebahagian pengawas pss kerana terdapat ramai dikalangan mereka mempunyai urusan hujung minggu bersama keluarga. Namun demikian tidak mematahkan semangat pengawas yang hadir untuk menyumbang sepenuh tenaga mereka untuk meningkatkan perkhidmatan PSS SMA Rembau.Pengisian perjumpaan semalam dimulai dengan sesi taklimat dan diikuti dengan aktiviti proses teknik buku baru,menyusun buku di rak, baik pulih buku dan keceriaan.Perjumpaan yang bermula pada 8.30 pagi berakhir pada 11.30 pagi.Dan ada di kalangan pengawas yang balik pada 12.00 tengahari.Tahniah diucapkan dan terima kasih daripada pihak sekolah.Moga Allah s.w.t memberkati keikhlasan dan kesungguhan anda.


Wednesday, March 24, 2010

PELANCARAN NILAM 2010

Majlis Pelancaran Program NILAM 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mac 2010 bersamaan hari Isnin pada perhimpunan rasmi sekolah. Aturcara majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada juruacara majlis , Siti Rashidah bt. Baharudin ( 5 Im).Majlis ini telah diserikan dengan alunan gamelan yang mengiringi Puan Pengetua memecahkan ais untuk mengeluarkan Rekod NILAM . Seterusnya , Puan Pengetua telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.


TAKLIMAT AADK & KESELAMATAN AWAM

Pada 22 Febuari 2010 satu taklimat berkaitan dengan gejala sosial,dadah dan keselamatan awam telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Rembau iaitu SM Alias. Menerusi taklimat ini, beliau telah menyentuh perkara berkenaan masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meningkat seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, merokok dan penyalahgunaan dadah. Di samping itu, beliau turut menegur sikap golongan remaja yang tidak mematuhi peraturan dan larangan seperti menunggang motor tanpa topi keledar dan bermain video game dan melayari laman sesawang terlarang di Kafe Siber. Seterusnya , beliau mengumumkan SM Sabri sebagai Pegawai Polis Perhubungan Sekolah .


Tuesday, March 23, 2010

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam SM Agama Rembau telah diadakan pada 10 Febuari 2010 iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat – bakat baru yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan MTAQ di peringkat daerah, di samping mencungkil bakat-bakat terpendam serta membentuk keyakinan diri para peserta untuk kehadapan. Pertandingan yang disertai oleh seramai 58 orang peserta , terbahagi kepada tiga acara iaitu Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran. Setiap pertandingan ini mempunyai kategori lelaki dan perempuan. Lokasi pertandingan ini melibatkan surau untuk acara Tilawah Al-Quran, kelas 3 Imtiyaz untuk acara Hafazan dan kelas 4 Imtiyaz untuk acara Syarahan.

PEMENANG
ACARA TILAWAH

LELAKI – JOHAN – SYED AHMAD MUIZ B. SYED AHMAD JOHARI
N/JOHAN – WAN MOHD. FAIRUZ B. WAN HISHAM
KETIGA - SHAHRUL AZWAN B. ABD. MUKTI

PEREMPUAN -JOHAN – ANIS SAKINAH BT. HISHAM
N/JOHAN – FATIN NABILAH BT. ISMAIL
KETIGA - NURUL FATYHAH BT. AZMY

ACARA HAFAZAN
LELAKI
– JOHAN – ABU BAKR B. MOHD. HAZIZI
N/JOHAN – MOHD. ARIF B. IBRAHIM
KETIGA - MOHD. IKMAL B. SHAHRIL

PEREMPUAN -JOHAN – HANIFAH ATIRAH BT. MOHD. HAZIZI
N/JOHAN – NUHA BT. ZAINURRASHID
KETIGA - HAMIDATUL AKMALIAH BT. HJ. AKASHAH

ACARA SYARAHAN
LELAKI
–JOHAN – NUR ADLI FIRDAUS B. SABTU
N/JOHAN – MOHD.ZARIF HAZWAN B. SALIM
KETIGA - MOHD. HAZIQ B. HISHAM

PEREMPUAN-JOHAN – MAISARAH BT. NORKEFLI
N/JOHAN – NUR NAMIYRAH BT. RAMZY RAMESHAN
KETIGA - NUR HASHIMA BT. RIDZUAN

PROFIL SM AGAMA REMBAU

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama Rembau

Kod. Sekolah : NFT 3002

Kategori : Sekolah Luar Bandar

Gred A ( SABK )

Bil Kelas- 8 kelas

Menengah Rendah- 6 Kelas

Menengah Atas- 2 kelas (Aliran Agama)


VISI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU sebagai sebuah INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG DAN GEMILANG


MISI

MELAHIRKAN MURID CEMERLANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, DISIPLIN & SAHSIAH DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF.


SLOGAN

MURABBI MUSLEH MURID BERILTIZAM


MOTTO

MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT


PIAGAM SMAR

Kami Warga SMA Rembau dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji:

- Menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, proaktif dan komited.
- Membantu pelajar-pelajar mendapat pendidikan dengan sempurna dan adil.
- Sentiasa berusaha membentuk dan melahirkan pelajar berilmu, beriman, berakhlak mulia,berdisiplin,dinamis,kreatif dan aktif.
- Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diurus dengan baik.
- Menerapkan budaya penyayang antara pentadbir, guru, pekerja dan pelajar.


MAKLUMAT SEKOLAH

SENARAI KELAS

 1 Imtiaz

 1 Mumtaz

 2 Imtiaz

 2 Mumtaz

 3 Imtiaz

 3 Mumtaz

 4 Imtiaz

 5 Imtiaz-


KEMUDAHAN SEKOLAH

 Pejabat Pentadbiran

 Bengkel Kemahiran Hidup

 Pusat Sumber

 Bilik BOSS

 Dua Blok Asrama ( satu blok lagi dalam pembinaan)

 Dewan Selera

 Surau Al-Amin

 2 Bilik Guru ( bilik guru lelaki dan perempuan)

 Bilik Bimbingan dan Kaunseling

 Padang Takraw, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring

 Koperasi

SEJARAH SEK.AGAMA PEKAN REMBAU

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau.Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebus gunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula daripada saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.
Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir b. Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab. Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.
Setelah 25 tahun beroperasi, pihak Lembaga Pentadbir sekolah dengan kerjasama Allahyarham Dato’ Hj. Mahzan b. Hj. Hamzah( bekas ADUN Chembong) telah mengasaskan penubuhan asrama sekolah untuk kemudahan para pelajar dari luar daerah Rembau. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan Felda Gemas, Palong dan Pasir Besar dan sekitar daerah Kuala Pilah. Sekitar tahun 1984, hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang menghuni asrama yang bertempat di bilik darjah dan kini dijadikan sebagai Bengkel ERT. Manakala pelajar perempuan ditempatkan bersebelah rumah warden dan sebahagiannya menumpang di rumah penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Puan Aminah. Setahun kemudian, pihak Lembaga Pentadbir sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bangunan baru sebagai asrama putera dan asrama puteri. Pada ketika itu, surau terletak di bilik bersebelahan asrama putera. Warden pertama yang bertanggungjawab mengurus asrama pada ketika itu adalah Allahyarhamah Puan Kalsom bt. Mohd. Tasha.
Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

Monday, March 22, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL

Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka

UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU UKHWAH SEJATI SM AGAMA REMBAU 2010/1431H
‘ UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG ‘

Pelancaran Program orientasi pelajar tingkatan 1 SM Agama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 3 Januari 2010 di Dewan SM Agama Rembau dan dihadiri oleh para pelajar baru, ibu bapa serta para guru. Program yang bertemakan Ukhwah cemerlang akademik gemilang ini telah berlangsung sehingga 10 Januari 2010. Pada hari pertama program ini Pn.Khairani sebagai wakil Pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran para pelajar serta penjaga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar aspura. Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan rekreasi seperti Treasure hunt in English and Arabic dilaksanakan sebagai orientasi serta mewujudkan keseronokan dan persediaan bagi pelajar tingkatan satu yang baru memulakan langkah ke alam sekolah menengah. Program orientasi ini turut melibatkan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran seperti unit HEM, Ko-Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Adalah diharapkan aktiviti –aktiviti ini dapat mencambah minat pelajar untuk meneruskan pengajian di sekolah agama sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang yang berkaitan.








Sunday, February 14, 2010

ASAL HARI VALENTINE RAI PADERI

• APA ITU HARI VALENTINE

HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

• ASAL-USUL

Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana beraya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.


• PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN

Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’.
Jawatankuasa Fatwa MajIis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ‘Bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan terbabit mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam’.

• KONSEP KASIH SAYANG ISLAM

Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan lslam. Konsep sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah.

• CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA

Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa; mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan yang menjerumus kes arah zina.Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan berusaha menjadi Muslim yang sebenar; dan terakhir, sentiasa menjaga batasan aurat.

• CINTA SEBELUM PERKAHWINAN

Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Mereka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.

• PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA

Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan, tiada hukum-Nya yang dilanggar.


• CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA

Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah SWT “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (Az-Zariyat, 51: 56)


• CINTA SEBELUM KAHWIN

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.


• TEGAHAN SAMBUTAN

Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergauIan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Paling menyedihkan, ia berlaku kepada masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam.

Sumber:ekspresi@metro

Saturday, February 13, 2010

Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda.

Oleh Mohd Masri Mohd Ramli

SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka.

Dan manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih.

Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam,khususnya golongan muda.

Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikaitkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian.
Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.

Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia bidaah yang direka dalam ajaran Kristian, sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bidaah dalam agama mereka.

Dalil mengenai hal ini sangat banyak, antaranya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis Hadis Riwayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)

Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir hatta dalam bab keduniaan sekalipun.

Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.

Tujuan perayaan ini untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan bukan Islam. Ini jelas bententangan dengan Islam.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasu-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka” (Al-Mujadilah 58:22)

Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” (Al-Iqtidha’ 1/490)

Cinta dipromosi melalui Hari Valentine adalah kepada bukan mahram. Ia antara jalan yang mendekatkan kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan di restoran dan hotel.

Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan kita hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.

Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk.” (Al Isra’ 17:32)

Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini laitu:

• Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.
Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: “Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat” (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis)

• Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.

Firman Allah SWT: “Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (A1-Maidah 5: 2)

• Seorang Muslim perlu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine. Ibn Taimiyyah Rahimahullah berkata: "Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya.” (Al-Iqtidha 2/519- 520)

Merayakan Hari Valentine adalah pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari berkenaan. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau daripada versi mana sekalipun, ia berasal orang bukan Islam.

Penulis ialah Pelajar Kuliah
Ekonomi Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM), Gombak

Sumber: Berita Harian

___________________________________________________________________________________

MANUSIA DENGAN KEHIDUPAN

Allah S.W.T. menjadikan indah pada manusia,
suka pada benda-benda yang diingini.
Nafsu : iaitu perempuan-perempuan,anak pinak,
harta benda emas dan perak dan juga manusia itu
ingin pada makan dan minum dan keperluan
biologi keselamatan serta perlindungan kebergantungan,
mengasihi dan dikasihi dan juga penghormatan.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Cintailah apa saja yang kamu cintai tapi
akhirnya kamu akan berpisah denganNya. Hiduplah sesuka hatimu
tapi jangan lupa pasti kamu akan mati berbuatlah
apa saja yang engkau kehendaki tapi ingat perbuatan mu
pasti akan dapat pembalasan.

Sumber: Ust. Saleh bin Japis, Al-Munir.

KHAZANAH BANGSA

Kehebatan Bahasa Melayu Dulu, Kini dan Selamanya

Bukti sejarah menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sebagai
Bahasa Kebangsaan oleh beberapa kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu sejak permulaan abad ketujuh lagi.

Pada masa itu, bahasa Melayu tersebar luas di seluruh Asia Tenggara sebagai bahasa rasmi pemerintah, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa perdagangan dan juga bahasa ilmu pengetahuan.

Oleh itu,tidak hairanlah pada hari ini bahasa Melayu digunakan dan difahami oleh lebih daripada 100 juta manusia. Melihat kepada perkembangan dan kewujudan bahasa Melayu yang begitu lama serta bermakna dalam sejarah Asia Tenggara, menggambarkan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia.

Sebenarnya, secara sedar atau tidak sedar, keistimewaan dan kehebatan bahasa Melayu terletak pada kesederhanaan bentuk dan sifatnya. Bentuk dan sifatnya yang sederhana menjadikan bahasa Melayu mudah disesuaikan untuk segala keperluan sama ada dan sudut sosial, ekonomi, politik mahupun ilmu.

Selain itu,jika ditinjau dan segi sejarah, tempat tersebarnya bahasa MeIayu iaitu Asia Tenggara adalah tempat tumpuan dan percantuman pelbagai kebudayaan dunia seperti kebudayaan India, China, Arab dan Eropah.

Percantuman sintesis daripada aneka ragam kebudayaan inilah telah membentuk satu acuan bahasa yang tersendiri, luas dan kaya dengan kosa kata yang indah dan unik iaitu bahasa Melayu. Hal ini membuktikan kecemerlangan dan kehebatan bangsa kita memperkasa bahasa Melayu sehingga mampu dijadikan bahasa linqua franca.

Itulah kedudukan bahasa kita, pedagang dan luar seperti China, India, Eropah dan lain-lain lagi perlu bertutur dalam bahasa Melayu jika mereka ingin berurusan dengan kerajaan Melayu atau pedagang tempatan. Mereka mesti menguasai bahasa Melayu andai ingin bersaing dalam bidang yang mereka ceburi.

Sejarah dan perjalanan yang dilalui oleh bahasa Melayu dan dulu hingga kini amat menarik. Dalam tempoh tersebut, meskipun bahasa Melayu terpaksa menerima pelbagai unsur dari luar, mengalami saingan daripada bahasa asing (Sansknit, Arab dan Eropah) dan pelbagai bahasa tempatan sendiri (Jawa dan Sunda).Tetapi dengan bentuk dan sifat bahasa Melayu yang sederhana ini, segala halangan tersebut menjadikan bahasa Melayu lebih kuat, Iebih segar dan lebih kaya.

Kita tidak mahu ketinggalan dalam semua aspek demi mengejar kemajuan, tetapi masih berlandaskan acuan kita sendiri.

Oleh hal yang demikian, kita sentiasa menenima pembaharuan, kita sentiasa bersikap terbuka, kita sentiasa berpandangan jauh dalam soal yang membabitkan letak duduknya bahasa Melayu selaras dengan sifat bahasa itu sendiri yang dinamilk bukannya statik.

Kini bahasa kita mengalami perluasan kosa kata yang meliputi pelbagai disiplin ilmu, antaranya perubatan, ekonomi, teknologi maklumat dan komunikasi, undang-undang dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, banyak universiti di negara Barat, Eropah, China dan lain-lain lagi telah menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bidang pengajian di universiti mereka.OIeh itu, tidak hairanlah kini, orang Perancis, Korea, China, dan lain-lain lagi amat mahir berbahasa Melayu.

Namun, tidak ramai dalam kalangan kita menyedari kehebatan dan keistimewaan yang digambarkan di atas tadi. Semoga gambaran ringkas dan sepintas lalu tentang sejarah bahasa Melayu dapat menyemai benih cinta akan bahasa yang kita warisi ini.

Menyedari kehebatan orang Melayu inilah menyebabkan Hang Tuah menyatakan ‘takkan Melayu hingga di dunia’ dan merasai hangatnya bahang kealpaan kita menyebabkan Tun Mahathir menyatakan ‘Melayu Mudah lupa’.

Lupa dalam konteks yang positif iaitu mudah lupa tentang persengketaan, ketidaksefahaman, kelemahan diri memang perlu, tetapi andai kita lupa akan kehebatan bangsa kita, kita khuatir generasi kita tidak mempunyai keyakinan diri untuk terus bersaing di peringkat global.

_________________________________________________________________________________

Masa Depan Bahasa Melayu

Bagaimanakah nasib bahasa Melayu pada masa hadapan. Adakah bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang unggul, bahasa yang berwibawa, bahasa yang berkudrat dan bahasa yang akan terus maju seiring dengan perubahan zaman yang semakin pesat sesuai dengan perkembangan teknologi, komunikasi serta makiumat yang canggih dalam era globalisasi ini.

Dalam hal ni kita perlu yakin bahawa bahasa Melayu akan terus hidup dan tersebar di seluruh dunia. Segala persoalan tersebut mudah dirungkai,jawapannya bergantung kepada kita dan generasi penerus kecemerlangan kita.

Jika kita dan generasi berikutnya sentiasa berpendirian teguh dan istiqamah, bersemangat mandiri dan berjiwa merdeka, bahasa Melayu akan tetap hidup bahkan semakin berkembang dan berkeupayaan menjadi bahasa antarabangsa, bahasa ilmu dan bahasa yang agung sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman kegemilangannya laitu era Kesultanan Melayu Melaka.

Marilah kita belajar daripada dua peristiwa sejarah berikut dalam usaha kita memikul tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu.

Pertama, sejarah para ulama Islam zaman silam dan kedua sejarah para cendekiawan Jepun. Pada zaman awal Islam, bahasa Arab bukanlah bahasa dunia, demikian juga pada zaman awal Era Meiji, bahasa Jepun bukanlah bahasa ilmu. Namun, kedua-dua golongan, iaitu ulama dan cendekiawan yang datang daripada dua budaya, bahasa dan juga dan zaman yang berlainan ini telah dapat mengangkat martabat bahasa masing-masing ke mercu kejayaan yang bukan kepalang.
Kedua-dua bahasa ni dipupuk dan digembleng melalui proses yang hampir sama, iaitu:

1. Peringkat pertama; mereka membawa ilmuwan-ilmuwan dan negara luar untuk mengajar pelbagai ilmu pengetahuan kepada anak-anak watan mereka;

2. Peringkat kedua; anak-anak watan dihantar ke negara luar bagi menimba ilmu pengetahuan yang baru dan sesuai dengan zamannya;

3. Peringkat ketiga; mereka menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan yang telah dikumpulkan ke dalam bahasa ibunda mereka;

4. Peringkat keempat; mereka mengajar, menyelidik dan menekuni bidang masing-masing sehingga memerlukan pelbagai maklumat, ilmu dan penemuan baru yang dapat mengangkat darjat ilmu pengetahuan dan teknologi yang bermanfaat kepada umat.

Semua kegiatan intelektual ini dilakukan dengan menggunakan bahasa masing-masing yang mereka pupuk dan gilap.Akhirnya para ilmuwan Islam dapat melahirkan satu tamadun Islam yang maju, agung dan unggul pada zaman silam dengan menggunakan bahasa Arab.

Sementara itu, cendekiawan Jepun dapat menempa sejarah moden yang gemilang melalui bahasa Jepun. Kini, bahasa Jepun masih menguasai kegiatan keilmuan, ekonomi dan teknologi yang canggih serta mantap. Oleh itu, dalam usaha memajukan dan melestarikan bahasa Melayu ke tempat yang selayaknya, kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa dalam sejarah, kerana sejarah diumpamakan seperti cermin kereta yang digunakan untuk meiihat ke belakang sebagai panduan untuk kita terus maju.

OIeh: Amin Omar bhskor@bharian.com.my

Saturday, February 6, 2010

Masalah Pelajar

Elak Belajar Pada Saat Akhir

Terdapat dua perkara penting. Pertama mengatasi bagaimana belajar pada saat-saat akhir dan kedua bagaimana cara untuk mengatasi masalah panik semasa peperiksaan.
Pertamanya, pastikan anda tidak belajar pada akhir iaitu sehingga peperiksaan.
Anda boleh menyediakan jadual waktu belajar yang selesa dan sesuai.
Belajar mengikut jadual ditetapkan merupakan amalan terbaik kerana jadual tersebut boleh membiasakan diri melaksanakan tugas mengikut biasa ditetapkan.
Kebiasaan melaksanakan tugas menjadikan anda seorang yang mahir berbanding mereka yang tiada jadual.
Namun begitu, sekiranya berlaku juga kesuntukan masa untuk belajar, diperturunkan beberapa panduan;

i. Relaks dan bertenang. Jangan memaksa diri untuk belajar dalam
keadaan cemas dan tegang.

ii. Apabila berasa tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
Cari bilik atau tempat tidak bising, bukalah nota atau buku
ulang kaji yang pernah anda jawab sebelum ini.
Elakkan membaca buku tebal dan teks yang banyak.

iii. Duduk dengan tenang, elak daripada gangguan, selak helaian
muka surat satu persatu dengan tenang. Lihat teks yang bergaris,
teks yang dihitamkan (bold).Lihat kenyataan pendek,
formula atau rumus.

iv. Baca berulang kali. Cuba ingatkan apa yang dibaca tanpa melihat
buku teks.Jika tidak ingat, lihat kembali teks dan ulangi proses
tersebut sehingga tersemat dalam minda.

v. Jangan banyak baca teks tetapi tumpukan kepada fakta-fakta penting
dan kata-kata kunci sahaja.

vi. Apabila ke sekolah keesokannya pergi berjumpa kawan-kawan dan
bincangkan tentang apa yang telah dibaca. Ajak kawan berbincang
mengenai tajuk yang dibaca.

vii. Dapatkan penjelasan guru subjek, sekiranya keliru dengan apa yang dibaca.


PENGURUSAN MASA

1) Jadikan aktiviti berfaedah sebagai kebiasaan.

Apabila aktiviti berfaedah dirancang dan dilaksanakan dengan istiqamah maka
tingkah laku negatif akan berubah kepada positif.
Tingkah laku positif akan menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi serasi. - Bagaimanapun, untuk memulakan aktiviti baru bukanlah tugas mudah.
Aktiviti berfaedah memerlukan kecekalan, disiplin dan kesabaran tinggi.
Perubahan (hijrah) memerlukan pengorbanan.

2) Hadkan masa aktiviti.

Berbincang dengan rakan mungkin mengambil masa lama, namun anda berkuasa
menetapkan batas waktunya. Anda memerlukan kekuatan dari strategi berkesan
melaksanakannya.Jika sekiranya tidak mampu seorang diri, anda perlukan sokongan
dan bantuan ahli keluarga, kawan dan guru. Anda perlu bijak bila dan
bagaimana melaksanakannya.

3)Jangan menangguh kerja

Kerja tertangguh menjadi beban. Anda tidak dapat lari daripada kerja
yang diabai atau ditangguhkan.
Lambat melaksanakan aktiviti,maka lambatlah mendapat kemahiran.
Prinsip ini sama seperti melakukan kerja di penghujung masa, keadaan
ini membuatkan tekanan sekali gus menyebabkan kerja tidak berkualiti.

Rumusan
Perkara yang pelajari daripada pengurusan masa ialah;

i. Menentukan tingkah laku yang dianggap sebagai membuang masa yang
ingin diubah.

ii. Apakah tingkah laku baru yang ingin diganti supaya menghasilkan
sesuatu yang dapat memberi manfaat.

iii. Buat jadual aktiviti sebagai panduan melaksanakan rancangan aktiviti
yang bersesuaian tingkah laku baru.

iv. Laksanakan rancangan anda.

v. Buat catatan dan refleksi menangani kelemahan diri anda.
Akhirnya anda akan dapat mengawal tingkah laku anda untuk mendapat
manfaat 24 jam yang diberikan Allah.

Penulis adalah kaunselor di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Sebarang masalah boleh diajukan kepada beliau melalul e-mel: ramlan2000@yahoo.com atau bhminda@bharian.com.my
Sumber: Minda/Berita Harian

TIP BELAJAR CEMERLANG bersama Cikgu Amiza

Merancang Waktu Dengan Betul

Tip Merancang Waktu


1. Sediakan jadual harian
Tentukan tugas dan waktu melaksanakan sesuatu kerja dan patuhi jadual.

2.Tetapkan dan ingat matlamat setiap masa
Matlamat mendorong kita memilih aktiviti penting dan dapat mengelakkan
daripada menghabiskan masa dengan tugas kurang penting.

3. Mengetahui apa yang hendak dilakukan setiap masa
Setiap saat sangat berharga dan tidak boleh membazirkan waktu tanpa tujuan.

4. Jangan menangguhkan kerja
Menangguhkan kerja menjadikan beban kerja bertambah.
OIeh itu, banyak kerja yang ditangguhkan tidak menjadi.

5. Membuat penilaian harian
Penilaian diri perlu dibuat setiap hari. OIeh itu, kita dapat memikirkan
cara terbaik membetulkan kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri.

Tip Meningkatkan Bekalan Oksigen

1. Selalu bernafas dengan mendalam (deep breathing)
2. Bernafas secara rentak (rhythmic breathing)
3. Bernafas dengan kiraan tujuh; tahan nafas dengan kiraan tujuh;
keluarkan nafas dengan kiraan tujuh; bernafas semula
dengan kiraan tujuh dan seterusnya.
4. Selalu amalkan latihan bernafas ini dan ketika melakukannya,
gambarkan sesuatu yang indah, baik, mulia dan yang diberkati.
5. Buat senaman regangan. Berdiri dan tolak tangan dan kaki sejauh-jauhnya;
tahan keadaan itu mengikut kiraan 15 atau 20.
___________________________________________________________________________

Cara Atasi Masalah Kurang Konsentrasi
Adakah fikiran anda selalu terganggu atasi melayang entah ke mana hingga mengganggu konsentrasi dalam pembelajaran dan aktiviti pembelajaran. Ini adalah tip untuk mengatasinya.

•Memaksa jiwa — fikiran dan minda menumpukan sepenuhnya kepada
aktiviti yang dilakukan.

•Lakukan proses pembelajaran di tempat yang senyap dan sesuai.

•Sediakan peralatan yang secukupnya — alat tulis dan kertas.

•Lakukan proses pembelajaran di tempat yang tiada gangguan —
misalnya dalam bilik

•Lakukan aktiviti pembelajaran dengan teknik yang baik dan
berkesan — membuat peta minda

•Membuat perancangan terperinci.

•Buat perancangan awal jangan bertangguh —jadual waktu belajar

•Biasakan diri melakukan satu aktiviti dalam satu masa.

•Selesaikan dengan sempurna sesuatu aktiviti sebelum melakukan
aktiviti lain.

•Menyediakan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti yang
akan dilaksanakan.

Falsafah:

Setiap manusia adalah organisasi yang unik dan berkebolehan
menyesuaikan diri dan berkembang.

• Setiap manusia akan beruntung jika ia mendapat bantuan dalam
membuat keputusan dan pilihan dalam penyesuaian diri bagi merangsang
cara-cara untuk hidup berjaya.


CARA ELAK SUKAR TIDUR, MENGANTUK

Masalah ini sering dihadapi remaja:

1)Tidak dapat tidur

Punca
Kerana fikiran kita dicengkam kebimbangan yang tidak tahu
apakah kesudahan masalah itu.

Tekanan emosi - akibat pergaulan dan kehidupan berkeluarga.

Kaedah mengatasinya:

•Kendurkan semua saraf dan otot-otot badan .Selesaikan semua
masalah melalui kemahiran diri atau berkongsi dengan orang lain.

•Pusatkan pemikiran kepada hal-hal yang menyenangkan

•Membaca sebelum tidur

•Beribadah atau berwirid

•Masalah mengantuk

Bagi mengatasinya:

• Menjaga kesihatan dan kecergasan diri

• Mengurangkan makanan berkanji. Contoh: nasi dan roti

• Mengurangkan aktiviti yang meletihkan

• Berhenti membaca setiap 30 minit

• Elakkan membaca sambil berbaring

• Disiplinkan diri (ada masa belajar)

• Mendapat tidur yang secukupnya

sumber: Berita Harian

Sikap Ambil Mudah Undang Kecelakaan



Oleh Nor Azma Laila dan Samsudin Oli
Mohamad
norazma@bharian.com.my

Fenomena pelajar menunggang motosikal tanpa lesen yang sah serta tidak memakai topi keledar ke sekolah dilihat semakin membimbangkan. Ia bukan saja menyalahi peraturan jalan raya, malah membahayakan keselamatan pelajar serta pengguna lain.
Berikutan keadaan yang tidak terkawal terutama di kawasan luar bandar,TimbaIan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dilaporkan memberi amaran pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen di kawasan sekolah boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang atau digantung sekolah.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah berkenaan, antaranya sikap ambil mudah pelajar dan ibu bapa, kekurangan pengangkutan awam terutama di kawasan luar bandar serta kurangnya kesedaran mengenai undang-undang jalan raya.
Didapati pelajar bukan sahaja menunggang tanpa lesen, malah tidak memakai topi keledar untuk keselamatan diri.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata masalah itu sudah lama dibangkitkan, namun kesalahan masih berulang dan pelajar seolah-olah tidak belajar daripada kejadian yang sering dilaporkan yang membabitkan kemalangan.
“Peraturan menetapkan individu berusia 16 tahun ke atas layak mendapat lesen B2 bagi membolehkan mereka menunggang motosikal,” katanya. Solah berkata, kesalahan itu sepatumya tidak berlaku kerana sebahagian besar pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen ialah mereka yang berada di sekolah menengah iaitu sekitar 16 hingga 17 tahun dan layak mengambil lesen motosikal.
Katanya, JPJ akan mengenakan tindakan tegas kepada penunggang dengan kompaun maksimum RM300.Tindakan bertujuan menyedarkan pesalah kerana tindakan mereka menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Bagi mengurangkan statistik kemalangan yang berpunca daripada penunggang motosikal, katanya, JPJ mengadakan program Satu Komuniti Satu JPJ dengan menggalakkan penduduk kampung mengambil lesen B2 yang dikurangkan kadar bayarannya kepada RM21 1 sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Julai tahun lalu.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN),Prof. Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata antara faktor masalah pelajar itu ialah ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa mengenai keselamatan anak masing-masing.Beliau berkata, ada segelintir daripada mereka terlalu manjakan anak hingga sanggup memenuhi permintaan termasuk membelikan motosikal, membenarkan mereka menunggang tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.
“Masalah ini sering berlaku di kampung kerana kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah tidak perlu bersusah payah menghantar anak ke sekolah katanya.
Mohamad Ali berkata, masalah itu perlu diatasi segera sebelum mendatangkan kesan buruk, dikhuatiri akan membawa kesan negatif termasuk terbabit dalam aktiviti lumba haram.
Pihak sekolah juga katanya, perlu memainkan peranan dengan menyediakan program kesedaran mengenai keselamatan jalan raya yang boleh dijayakan menerusi sesi ceramah bersama JPJ atau polis.


sumber: Skor/Berita Harian

Aliran Teknik, Vokasional berbeza


OLEH ZABIDI HITAM DAN NURUL NADIA MOHD
KAMARUZAMAN
bhminda @bharian.com.my

Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) biasanya keliru untuk memilih aliran ke tingkatan empat. Ramai didapati terpengaruh dengan ajakan kawan sama ada mengikuti airan sains, sastera, teknik atau vokasional. Ada juga yang terpaksa mengikut arahan ibu bapa, tanpa kerelaan diri. Malah yang lebih teruk, ada yang tidak mampu membuat keputusan menyebabkan ramai yang berputus asa sebelum sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini menyebabkan mereka gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, sekali gus tidak dapat memasuki institusi pengajian tinggi yang dihajati. Masalah paling ketara dihadapi pelajar yang ingin mengikuti jurusan kemahiran apabila tidak dapat membezakan aliran vokasional dengan teknik. Sebenarnya,sekolah teknik menekankan aspek teknikal (teori) manakala vokasional menekankan kepada kemahiran(praktikal).
Sehubungan itu, pelajar perlu membuat pilihan tepat kerana masa depan kerjaya mereka bergantung kepada ketepatan pemilihan jurusan pada peringkat menengah tinggi. Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Kedah,Jasmi Md Kechik, berkata pendidikan teknik dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR, Beliau berkata, aliran teknikal menyediakan tujuh kursus, aitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan Pertanian.
“Pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peningkat SPM, di samping mata pelajaran elektif Teknikal dan Sains. “Setelah tamat pengajian di Sekolah Menengah Teknik, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peningkat yang lebih tinggi di peningkat diploma di universiti, politeknik, kolej komuniti, kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau tingkatan enam,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bagi aliran vokasional pula, ia menawarkan peluang kepada pelajar yang mendapat keputusan baik dan sederhana dalam akademik dan berminat pembelajanan bercorak vokasional. Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. “Aliran vokasional menyediakan 18 kursus, iaitu Pengaturcaraan Komputer, Automotif, Elektrik dan Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang,” katanya.
Pelajar aliran vokasional akan mengambil enam mata pelajaran teras, di samping dua mata pelajaran elektif vokasional. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.
Kurikulum di sekolah menengah teknik dan vokasional juga lebih meliputi kemahiran asas untuk pekerjaan dan pendidikan serta bertanggungjawab memenuhi keperluan dan harapan semua pelajar mengikut kebolehan masing-masing. Sehubungan itu, pelajar harus bijak dalam memilih jurusan apa yang diminati yang boleh menentukan cita-cita masa depan. Apabila sudah mengetahui minat dan cita-cita, mudahlah untuk menentukan aliran yang sesuai.

sumber: Skor/Berita Harian

Kenali Pengkhususan Sebelum ke IPT

Oleh Bash’ Zabrom
basir@bharian.com. my

Ramai pelajar keliru, malah ada yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian ketika hendak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Biasanya ketika di Tingkatan Empat dan Lima, ramai pelajar tidak mempedulikan hala tuju ke IPT malah tidak ramai yang memberi perhatian apabila ekspo pendedahan ke IPT awam dan swasta dianjurkan di kawasan mereka.
Ini menyebabkan selepas SPM ramai yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian dan institusi pengajian bagi melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya. Terdapat juga sebahagian lepasan SPM yang menganggap masa depan mereka kabur atau sudah berakhir selepas mendapat keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan umum itu.
Sebenarnya, terdapat banyak cabang pilihan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT Ia boleh dipilih mengikut keputusan SPM, minat atau kecenderungan, nasihat kaunselor sekolah mahu pun ibu bapa. Sehubungan itu, pelajar perlu memberi perhatian sekiranya ada ekspo mengenai IPT yang diadakan bagi mendapat maklumat jelas mengenai hala tuju selepas SPM.
Keputusan SPM bukan penentu segala-galanya,jika masih gagal ke IPT banyak lagi pusat pengajian dan kemahiran yang disediakan kerajaan serta swasta yang boleh diikuti untuk menjadi insan cemerlang sekali gus membina pembangunan diri dan negara.
Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar boleh melayari laman web IPT dan IPTS yang cukup lengkap dengan maklumat mengenal jurusan pengajian dan maklumat tambahan universiti, Contohnya,jika ingin mendapat maklumat pengajian dan syarat kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia, pelajar boleh lawati, www.utm. my; Universiti Malaya (www. um.edu.my); Universiti Putra Malaysia (www.upm.edu. my); Universiti Teknologi Mara (www.uitm.edu.my).
Selain itu, Tingkatan Enam juga terbukti mampu melahirkan golongan pelajar berkualiti sebelum meneruskan pengajian ke universiti. Jangan anggap ia pilihan terakhir kerana Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah antara peperiksaan yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Republik Ireland.
Matrikulasi juga adalah antara program prauniversiti berkualiti kelolaan Kementenian Pelajaran yang boleh disertai bagi mengikuti jurusan sains, perakaunan dan aliran teknikal.Banyak laluan untuk meneruskan pelajaran ,jadi jangan mengalah sebelum berusaha.

sumber : Skor/Berita Harian

Saturday, January 16, 2010

SELAMAT DATANG CIKGU

Warga SMA Rembau amat berbesar hati menerima kehadiran beberapa orang guru baru bagi memantapkan barisan tenaga pengajar sekolah ini.Barisan tenaga pendidik yang baru melangkah ke SABK SMA Rembau merupakan guru-guru yang berpengalaman dari sekolah menengah kebangsaan dan sabk.

SELAMAT DATANG CIKGU :]


Wednesday, January 6, 2010

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI

Setelah lebih setahun dalam penantian yang penuh dengan tanda tanya dan akhirnya kini terjawab.Warga SMA Rembau dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru ke sekolah ini.Semoga SMA Rembau akan semakin maju dan cemerlang di bawah kepimpinan Puan Pengetua.

Sepintas lalu mengenai Pengetua SMA Rembau 2010


Nama: Hajah Japiah binti Jampok

Tarikh lahir : 13 Febuari 1957

Asal : Alor Gajah , Melaka

Pend.Menengah
i. Sek.Men.Agama Tinggi Seremban
ii.Kolej Islam Klang

Pengajian Tinggi
Universiti Kebangsaan Malaysia
i. Diploma Pendidikan ( Pend.Islam )
ii. Ijazah Pengajian Islam ( Usulluddin )

Perkhidmatan
Sek.Men.Datuk Undang Abdul Manap
( 1983 - 2009 )