SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

PROGRAM SEKOLAH

3 April 2010 - Kesukaran mencari ruang masa untuk berkumpul bersama menyebabkan beberapa aktiviti pss terpaksa dijalankan pada hari Sabtu.Perjumpaan yang diadakan semalam cuma dihadiri sebahagian pengawas pss kerana terdapat ramai dikalangan mereka mempunyai urusan hujung minggu bersama keluarga. Namun demikian tidak mematahkan semangat pengawas yang hadir untuk menyumbang sepenuh tenaga mereka untuk meningkatkan perkhidmatan PSS SMA Rembau.Pengisian perjumpaan semalam dimulai dengan sesi taklimat dan diikuti dengan aktiviti proses teknik buku baru,menyusun buku di rak, baik pulih buku dan keceriaan.Perjumpaan yang bermula pada 8.30 pagi berakhir pada 11.30 pagi.Dan ada di kalangan pengawas yang balik pada 12.00 tengahari.Tahniah diucapkan dan terima kasih daripada pihak sekolah.Moga Allah s.w.t memberkati keikhlasan dan kesungguhan anda.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perpustakaan Kad Pinjaman Buku yang baru akan dikuatkuasakan mulai 21 Jun 2010. Setiap warga SM Agama Rembau akan menggunakan kad pinjaman tersebut untuk pinjaman buku yang menggunakan kad. Kad pinjaman ini terdiri daripada warna-warna yang berbeza mewakili setiap tingkatan, guru dan staf. Kad pinjaman ini akan disimpan di perpustakaan dan digunakan apabila pinjaman dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan kad berkenaan agar tidak rosak atau hilang di samping memudahkan pinjaman dilakukan pada waktu yang ditetapkan. Semoga warga SM Agama Rembau memanfaatkan kemudahan yang sediakan.
Selamat membaca.

Salam ,
GPM SM Agama Rembau




Contoh kad


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL

Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka