SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Monday, December 7, 2020

UJIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SMA REMBAU 2021

 Maklumat di atas seperti berikut :

 

 Tarikh ujian : 14/12/2020 (Isnin)

Pendaftaran : 8.00 pagi

Ujian Atas Talian : 8.30 pagi

 

Ujian Penulisan & Lisan :

 9.45 - 12.30 tghr

(mengikut giliran)

 

Kaedah dan subjek ujian :-

 

1.UJIAN ATAS TALIAN  (1 Jam)

Asas Bahasa Arab, jawi, tajwid dan Pengetahuan Agama Islam dengan mengunakan kaedah quiziz 100 soalan.

 

2.PENULISAN  (10 minit)

Menjawikan tulisan rumi akan diadakan semasa ujian lisan

 

3.LISAN (10 minit)

bacaan Al-quran ,tajwid  dan kemahiran jawi.

 

Calon akan menduduki ujian mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

 

Maklumat penting:

Calon-calon hendaklah membawa:

 

1.      Telefon bimbit yang mempunyai aplikasi QR code dan data internet sendiri untuk ujian atas talian

2.      Alat tulis untuk sesi ujian bertulis.

3.       Salinan keputusan UPPK dan Peperiksaan Akhir Tahun 6 (sekiranya ada)   

 

 

Dan calon sila ambil perhatian perkara-perkara berikut:

 

1.      Memakai pelitup muka

2.      Berpakaian rasmi, sopan & menutup aurat.

3.      Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada hari temuduga. Waris tidak dibenarkan masuk. (Waris hanya dibenarkan menurunkan/mengambil pelajar secara pandu lalu)

4.Individu yang bergejala @ mempunyai kontak rapat dengan pesakit  tidak dibenarkan hadir sesi ujian

5. Individu yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani kuarantin di rumah tidak dibenarkan hadir sesi ujian

6. Calon-calon dinasihatkan bersarapan atau membawa bekal makanan & minuman sebelum mendaftar diri untuk ujian. (tiada jualan makanan & minuman disediakan di kawasan sekolah)

 

SILA PATUH SOP YANG TELAH DIGARISKAN OLEH KKM.

 

Terima kasih

Tuesday, September 29, 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SESI 2021 - SMA REMBAU

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.


Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi ambilan tahun 2021 akan dimaklumkan di dalam blog ini dalam masa terdekat.


Sila ikuti perkembangan dan pemberitahuan melalui blog ini.


Sekian, terima kasih.

Thursday, March 5, 2020

SPM 2019.. TAHNIAH !!!

Ucapan tahniah kepada seluruh calon SPM SMA Rembau tahun 2019.

Ucapan syukur pada Allah walau apa jua keputusan.

Tahniah 3 orang pelajar yang mendapat semua A untuk semua mata pelajaran.. tahniah.. !!

Monday, January 27, 2020

PUSTAKAWAN 2020

Selamat Tahun Baru 2020.
Tahniah atas lantikan anda, Semoga dapat menjalankan amanah dengan baik.


TERIMA KASIH

Sejuta penghargaan buat Pustakawan SMA Rembau sesi 2019,

Terima kasih...