SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Saturday, February 6, 2010

Masalah Pelajar

Elak Belajar Pada Saat Akhir

Terdapat dua perkara penting. Pertama mengatasi bagaimana belajar pada saat-saat akhir dan kedua bagaimana cara untuk mengatasi masalah panik semasa peperiksaan.
Pertamanya, pastikan anda tidak belajar pada akhir iaitu sehingga peperiksaan.
Anda boleh menyediakan jadual waktu belajar yang selesa dan sesuai.
Belajar mengikut jadual ditetapkan merupakan amalan terbaik kerana jadual tersebut boleh membiasakan diri melaksanakan tugas mengikut biasa ditetapkan.
Kebiasaan melaksanakan tugas menjadikan anda seorang yang mahir berbanding mereka yang tiada jadual.
Namun begitu, sekiranya berlaku juga kesuntukan masa untuk belajar, diperturunkan beberapa panduan;

i. Relaks dan bertenang. Jangan memaksa diri untuk belajar dalam
keadaan cemas dan tegang.

ii. Apabila berasa tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
Cari bilik atau tempat tidak bising, bukalah nota atau buku
ulang kaji yang pernah anda jawab sebelum ini.
Elakkan membaca buku tebal dan teks yang banyak.

iii. Duduk dengan tenang, elak daripada gangguan, selak helaian
muka surat satu persatu dengan tenang. Lihat teks yang bergaris,
teks yang dihitamkan (bold).Lihat kenyataan pendek,
formula atau rumus.

iv. Baca berulang kali. Cuba ingatkan apa yang dibaca tanpa melihat
buku teks.Jika tidak ingat, lihat kembali teks dan ulangi proses
tersebut sehingga tersemat dalam minda.

v. Jangan banyak baca teks tetapi tumpukan kepada fakta-fakta penting
dan kata-kata kunci sahaja.

vi. Apabila ke sekolah keesokannya pergi berjumpa kawan-kawan dan
bincangkan tentang apa yang telah dibaca. Ajak kawan berbincang
mengenai tajuk yang dibaca.

vii. Dapatkan penjelasan guru subjek, sekiranya keliru dengan apa yang dibaca.


PENGURUSAN MASA

1) Jadikan aktiviti berfaedah sebagai kebiasaan.

Apabila aktiviti berfaedah dirancang dan dilaksanakan dengan istiqamah maka
tingkah laku negatif akan berubah kepada positif.
Tingkah laku positif akan menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi serasi. - Bagaimanapun, untuk memulakan aktiviti baru bukanlah tugas mudah.
Aktiviti berfaedah memerlukan kecekalan, disiplin dan kesabaran tinggi.
Perubahan (hijrah) memerlukan pengorbanan.

2) Hadkan masa aktiviti.

Berbincang dengan rakan mungkin mengambil masa lama, namun anda berkuasa
menetapkan batas waktunya. Anda memerlukan kekuatan dari strategi berkesan
melaksanakannya.Jika sekiranya tidak mampu seorang diri, anda perlukan sokongan
dan bantuan ahli keluarga, kawan dan guru. Anda perlu bijak bila dan
bagaimana melaksanakannya.

3)Jangan menangguh kerja

Kerja tertangguh menjadi beban. Anda tidak dapat lari daripada kerja
yang diabai atau ditangguhkan.
Lambat melaksanakan aktiviti,maka lambatlah mendapat kemahiran.
Prinsip ini sama seperti melakukan kerja di penghujung masa, keadaan
ini membuatkan tekanan sekali gus menyebabkan kerja tidak berkualiti.

Rumusan
Perkara yang pelajari daripada pengurusan masa ialah;

i. Menentukan tingkah laku yang dianggap sebagai membuang masa yang
ingin diubah.

ii. Apakah tingkah laku baru yang ingin diganti supaya menghasilkan
sesuatu yang dapat memberi manfaat.

iii. Buat jadual aktiviti sebagai panduan melaksanakan rancangan aktiviti
yang bersesuaian tingkah laku baru.

iv. Laksanakan rancangan anda.

v. Buat catatan dan refleksi menangani kelemahan diri anda.
Akhirnya anda akan dapat mengawal tingkah laku anda untuk mendapat
manfaat 24 jam yang diberikan Allah.

Penulis adalah kaunselor di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur. Sebarang masalah boleh diajukan kepada beliau melalul e-mel: ramlan2000@yahoo.com atau bhminda@bharian.com.my
Sumber: Minda/Berita Harian