SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Monday, March 22, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL

Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka