SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Monday, April 12, 2010

Perpustakaan banjir

13 April 2010- Sekali lagi Perpustakaan SM Agama Rembau digenangi air jam 7 pagi tadi. Kejadian ini merupakan kejadian kedua dalam minggu ini. Awal pagi semalam kira-kira 7.15 pagi, perpustakaan SM Agama Rembau buat pertama kalinya digenangi air.Punca kejadian bermula daripada kebocoran tangki air yang terletak di atas siling perpustakaan. Kira-kira dua bulan yang lalu, pihak pentadbiran telah melakukan proses baik pulih.Namun keadaan semakin buruk apabila air menitik dengan lebih kerap dengan kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan bekalan paip utama untuk bangunan pentadbiran ditutup.
Kejadian yang berlaku semalam merupakan yang paling teruk sehingga menyebabkan keseluruhan karpet perpustakaan terpaksa rosak dan ditanggalkan dan semua buku dikeluarkan dari rak buku. Kesan daripada itu, perpustakaan SM Agama Rembau tidak dapat beroperasi sehingga diberitahu kelak.














Saturday, April 3, 2010

Aktiviti PSS

3 April 2010 - Kesukaran mencari ruang masa untuk berkumpul bersama menyebabkan beberapa aktiviti pss terpaksa dijalankan pada hari Sabtu.Perjumpaan yang diadakan semalam cuma dihadiri sebahagian pengawas pss kerana terdapat ramai dikalangan mereka mempunyai urusan hujung minggu bersama keluarga. Namun demikian tidak mematahkan semangat pengawas yang hadir untuk menyumbang sepenuh tenaga mereka untuk meningkatkan perkhidmatan PSS SMA Rembau.Pengisian perjumpaan semalam dimulai dengan sesi taklimat dan diikuti dengan aktiviti proses teknik buku baru,menyusun buku di rak, baik pulih buku dan keceriaan.Perjumpaan yang bermula pada 8.30 pagi berakhir pada 11.30 pagi.Dan ada di kalangan pengawas yang balik pada 12.00 tengahari.Tahniah diucapkan dan terima kasih daripada pihak sekolah.Moga Allah s.w.t memberkati keikhlasan dan kesungguhan anda.