SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Tuesday, July 28, 2009

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN BULAN PSS 09

Di antara guru-guru yang hadir
GPK HEM - Pn. Norazalina bt.Jaapar
Hakim Bahas Akhir

Peserta bahas peringkat akhir
Pembahas Terbaik - Nor Fareza bt. Rozain
JOHAN KESELURUHAN 09 - KADET POLIS

KEPUTUSAN AKHIR BULAN PSS 2009

PERTANDINGAN

EXPLORACE
1. KADET POLIS
2. KADET REMAJA
3. PPIM
4. PENGAKAP
5. PBSM

SPELL IT RIGHT ( SIR )

1. KADET REMAJA SEKOLAH
2. KADET POLIS
3. PENGAKAP
4. PPIM
5. PBSM

KUIZ AM

1. KADET POLIS
2. PENGAKAP
3. PPIM
4. PBSM
5. KADET REMAJA

HIWAR AL-ARABI

1. PENGAKAP
2. PPIM
3. KADET POLIS
4. PBSM
5. KADET REMAJA

PERBAHASAN

1. PBSM
2. PPIM (B)
3. PPIM (A)
4. KADET REMAJA
5. KADET POLIS
6. PENGAKAP

PEMBAHAS TERBAIK : NOOR FAREZA BT. ROZAIN

KEPUTUSAN KESELURUHAN

JOHAN - PASUKAN KADET POLIS SEKOLAH
N/JOHAN - PASUKAN PPIM
- PASUKAN PENGAKAP

KEEMPAT - PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH
KELIMA - PASUKAN PBSM

Monday, July 27, 2009

BILIK PSS

PERPUSTAKAAN
Kaunter
Rak terbuka
SALC

Sudut sejarah
Sudut NILAM
BILIK GERAKAN
Di antara aktiviti yang dijalankan. Kelas ICT.

Tiada makmal ICT

Friday, July 10, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

TIP PELAJAR CEMERLANG OLEH DATO’ DR .MOHD.FADZILAH KAMSAH

1.TUHAN MENCIPTA KITA DENGAN PENUH KESEMPURNAAN. BERTINDAKLAH DENGAN CEMERLANG.

2.PELAJAR YANG TIDAK BERDISIPLIN SEMASA BELAJAR BESAR KEMUNGKINAN TIDAK BERDISIPLIN
SEPANJANG HAYAT.

3.SEMUA ORANG MAHU BERJAYA TETAPI CUMA SEGELINTIR YANG BERJAYA KERANA MEREKA BERJAYA
MENGAWAL NAFSU DAN EMOSI.

4.KITA MUDAH LUPA APA YANG KITA DENGAR. KITA SEKADAR TAHU APA YANG KITA LIHAT. KITA
AKAN FAHAM APA YANG KITA AMALKAN ATAU PRAKTIKKAN.

5.APABILA KITA BELAJAR DENGAN NIAT UNTUK BERKONGSI ILMU ATAUPUN MENGAJAR ORANG LAIN,
KITA AKAN DAPAT KEFAHAMAN DAN DAYA INGATAN YANG LUAR BIASA.

6.SETIAP HARI CARILAH ALASAN UNTUK BERUBAH SECARA POSITIF.

7.DI DALAM DUNIA INI, CUMA KITA BERUPAYA MENGUBAH DIRI KITA.

8.APABILA KITA BERUBAH, SEMUA ORANG DI SEKELILING KITA AKAN BERUBAH SEIRINGAN DENGAN
PERUBAHAN KITA.

9.SETIAP MASALAH BERPUNCA DARIPADA DIRI KITA SENDIRI. KITA YANG PERLU
MENYELESAIKANNYA.

10.SEGALA KEHEBATAN SUDAH SEDIA ADA DALAM DIRI KITA. SEKADAR MENANTI UNTUK
DISERLAHKAN.

11.ORANG BIASA YANG MELAKUKAN TINDAKAN LUAR BIASA AKAN MENGHASILKAN PRESTASI LUAR
BIASA.

12.JADIKAN SETIAP HARI ADALAH HARI TERBAIK DAN SEPANJANG KEHIDUPAN ANDA AKAN
CEMERLANG.

13.KEJAYAAN = HIDAYAT + ILMU + AMAL + IKHLAS + ISTIQAMAH + BERTERUSAN BERUBAH SECARA
POSITIF.

14.KEJAYAAN ADALAH MELAKUKAN RUTIN YANG POSITIF SECARA BERTERUSAN.

PENCAPAIAN PELAJAR

KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

PEMAIN CATUR SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Thursday, July 9, 2009

MEMORI PSS

2003
HARI KELUARGA PSS KALI PERTAMA 2003


HARI PERSARAAN MANTAN PENGETUA - UST.MUSTAPA B. MAULOP



BULETIN KEDUA PSS 2004

Monday, July 6, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau.Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebus gunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula daripada saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.
Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir b. Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab. Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.
Setelah 25 tahun beroperasi, pihak Lembaga Pentadbir sekolah dengan kerjasama Allahyarham Dato’ Hj. Mahzan b. Hj. Hamzah( bekas ADUN Chembong) telah mengasaskan penubuhan asrama sekolah untuk kemudahan para pelajar dari luar daerah Rembau. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan Felda Gemas, Palong dan Pasir Besar dan sekitar daerah Kuala Pilah. Sekitar tahun 1984, hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang menghuni asrama yang bertempat di bilik darjah dan kini dijadikan sebagai Bengkel ERT. Manakala pelajar perempuan ditempatkan bersebelah rumah warden dan sebahagiannya menumpang di rumah penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Puan Aminah. Setahun kemudian, pihak Lembaga Pentadbir sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bangunan baru sebagai asrama putera dan asrama puteri. Pada ketika itu, surau terletak di bilik bersebelahan asrama putera. Warden pertama yang bertanggungjawab mengurus asrama pada ketika itu adalah Allahyarhamah Puan Kalsom bt. Mohd. Tasha.
Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

WAKTU PERKHIDMATAN PSS SMRA REMBAU 2009

1. PERPUSTAKAAN / PONDOK BACAAN
Dibuka kepada warga pelajar SMRA Rembau :

i. Penggunaan bilik adalah pada waktu rehat:-
Isnin- Selasa Men. Rendah - 10.20 pg hingga 11.00 pg
Men.Atas - 10.55 pg hingga 11.30 pg
Rabu – Khamis Men. Rendah - 10.20 pg hingga 10.40 pg
Men.Atas -11.00 pg hingga 11.20 pg
Jumaat Men. Rendah - 10.00 pg hingga 10.20 pg
Men.Atas - 10.35 pg hingga 10.55 pg

ii. Sirkulasi / Pemulangan & peminjaman bahan buku :-

Men. Atas - Pinjaman – Isnin
Pemulangan – Selasa
Men. Rendah - Pinjaman – Rabu
Pemulangan – Khamis

Dibuka kepada warga pendidik :

i. Hari persekolahan:
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.



2. BILIK BBM
Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.


3. BILIK TAYANGAN / BILIK GERAKAN
Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.

* Penggunaan luar waktu pejabat@ persekolahan hanya dengan
kebenaran pihak pentadbiran sekolah.