SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Wednesday, March 24, 2010

PELANCARAN NILAM 2010

Majlis Pelancaran Program NILAM 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mac 2010 bersamaan hari Isnin pada perhimpunan rasmi sekolah. Aturcara majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada juruacara majlis , Siti Rashidah bt. Baharudin ( 5 Im).Majlis ini telah diserikan dengan alunan gamelan yang mengiringi Puan Pengetua memecahkan ais untuk mengeluarkan Rekod NILAM . Seterusnya , Puan Pengetua telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.


TAKLIMAT AADK & KESELAMATAN AWAM

Pada 22 Febuari 2010 satu taklimat berkaitan dengan gejala sosial,dadah dan keselamatan awam telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Rembau iaitu SM Alias. Menerusi taklimat ini, beliau telah menyentuh perkara berkenaan masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meningkat seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, merokok dan penyalahgunaan dadah. Di samping itu, beliau turut menegur sikap golongan remaja yang tidak mematuhi peraturan dan larangan seperti menunggang motor tanpa topi keledar dan bermain video game dan melayari laman sesawang terlarang di Kafe Siber. Seterusnya , beliau mengumumkan SM Sabri sebagai Pegawai Polis Perhubungan Sekolah .


Tuesday, March 23, 2010

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam SM Agama Rembau telah diadakan pada 10 Febuari 2010 iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat – bakat baru yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan MTAQ di peringkat daerah, di samping mencungkil bakat-bakat terpendam serta membentuk keyakinan diri para peserta untuk kehadapan. Pertandingan yang disertai oleh seramai 58 orang peserta , terbahagi kepada tiga acara iaitu Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran. Setiap pertandingan ini mempunyai kategori lelaki dan perempuan. Lokasi pertandingan ini melibatkan surau untuk acara Tilawah Al-Quran, kelas 3 Imtiyaz untuk acara Hafazan dan kelas 4 Imtiyaz untuk acara Syarahan.

PEMENANG
ACARA TILAWAH

LELAKI – JOHAN – SYED AHMAD MUIZ B. SYED AHMAD JOHARI
N/JOHAN – WAN MOHD. FAIRUZ B. WAN HISHAM
KETIGA - SHAHRUL AZWAN B. ABD. MUKTI

PEREMPUAN -JOHAN – ANIS SAKINAH BT. HISHAM
N/JOHAN – FATIN NABILAH BT. ISMAIL
KETIGA - NURUL FATYHAH BT. AZMY

ACARA HAFAZAN
LELAKI
– JOHAN – ABU BAKR B. MOHD. HAZIZI
N/JOHAN – MOHD. ARIF B. IBRAHIM
KETIGA - MOHD. IKMAL B. SHAHRIL

PEREMPUAN -JOHAN – HANIFAH ATIRAH BT. MOHD. HAZIZI
N/JOHAN – NUHA BT. ZAINURRASHID
KETIGA - HAMIDATUL AKMALIAH BT. HJ. AKASHAH

ACARA SYARAHAN
LELAKI
–JOHAN – NUR ADLI FIRDAUS B. SABTU
N/JOHAN – MOHD.ZARIF HAZWAN B. SALIM
KETIGA - MOHD. HAZIQ B. HISHAM

PEREMPUAN-JOHAN – MAISARAH BT. NORKEFLI
N/JOHAN – NUR NAMIYRAH BT. RAMZY RAMESHAN
KETIGA - NUR HASHIMA BT. RIDZUAN

PROFIL SM AGAMA REMBAU

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama Rembau

Kod. Sekolah : NFT 3002

Kategori : Sekolah Luar Bandar

Gred A ( SABK )

Bil Kelas- 8 kelas

Menengah Rendah- 6 Kelas

Menengah Atas- 2 kelas (Aliran Agama)


VISI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU sebagai sebuah INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG DAN GEMILANG


MISI

MELAHIRKAN MURID CEMERLANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, DISIPLIN & SAHSIAH DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF.


SLOGAN

MURABBI MUSLEH MURID BERILTIZAM


MOTTO

MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT


PIAGAM SMAR

Kami Warga SMA Rembau dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji:

- Menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, proaktif dan komited.
- Membantu pelajar-pelajar mendapat pendidikan dengan sempurna dan adil.
- Sentiasa berusaha membentuk dan melahirkan pelajar berilmu, beriman, berakhlak mulia,berdisiplin,dinamis,kreatif dan aktif.
- Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diurus dengan baik.
- Menerapkan budaya penyayang antara pentadbir, guru, pekerja dan pelajar.


MAKLUMAT SEKOLAH

SENARAI KELAS

 1 Imtiaz

 1 Mumtaz

 2 Imtiaz

 2 Mumtaz

 3 Imtiaz

 3 Mumtaz

 4 Imtiaz

 5 Imtiaz-


KEMUDAHAN SEKOLAH

 Pejabat Pentadbiran

 Bengkel Kemahiran Hidup

 Pusat Sumber

 Bilik BOSS

 Dua Blok Asrama ( satu blok lagi dalam pembinaan)

 Dewan Selera

 Surau Al-Amin

 2 Bilik Guru ( bilik guru lelaki dan perempuan)

 Bilik Bimbingan dan Kaunseling

 Padang Takraw, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring

 Koperasi

SEJARAH SEK.AGAMA PEKAN REMBAU

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau.Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebus gunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula daripada saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.
Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir b. Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab. Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.
Setelah 25 tahun beroperasi, pihak Lembaga Pentadbir sekolah dengan kerjasama Allahyarham Dato’ Hj. Mahzan b. Hj. Hamzah( bekas ADUN Chembong) telah mengasaskan penubuhan asrama sekolah untuk kemudahan para pelajar dari luar daerah Rembau. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan Felda Gemas, Palong dan Pasir Besar dan sekitar daerah Kuala Pilah. Sekitar tahun 1984, hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang menghuni asrama yang bertempat di bilik darjah dan kini dijadikan sebagai Bengkel ERT. Manakala pelajar perempuan ditempatkan bersebelah rumah warden dan sebahagiannya menumpang di rumah penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Puan Aminah. Setahun kemudian, pihak Lembaga Pentadbir sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bangunan baru sebagai asrama putera dan asrama puteri. Pada ketika itu, surau terletak di bilik bersebelahan asrama putera. Warden pertama yang bertanggungjawab mengurus asrama pada ketika itu adalah Allahyarhamah Puan Kalsom bt. Mohd. Tasha.
Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

Monday, March 22, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL

Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka

UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU UKHWAH SEJATI SM AGAMA REMBAU 2010/1431H
‘ UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG ‘

Pelancaran Program orientasi pelajar tingkatan 1 SM Agama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 3 Januari 2010 di Dewan SM Agama Rembau dan dihadiri oleh para pelajar baru, ibu bapa serta para guru. Program yang bertemakan Ukhwah cemerlang akademik gemilang ini telah berlangsung sehingga 10 Januari 2010. Pada hari pertama program ini Pn.Khairani sebagai wakil Pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran para pelajar serta penjaga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar aspura. Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan rekreasi seperti Treasure hunt in English and Arabic dilaksanakan sebagai orientasi serta mewujudkan keseronokan dan persediaan bagi pelajar tingkatan satu yang baru memulakan langkah ke alam sekolah menengah. Program orientasi ini turut melibatkan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran seperti unit HEM, Ko-Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Adalah diharapkan aktiviti –aktiviti ini dapat mencambah minat pelajar untuk meneruskan pengajian di sekolah agama sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang yang berkaitan.