SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Saturday, February 6, 2010

Kenali Pengkhususan Sebelum ke IPT

Oleh Bash’ Zabrom
basir@bharian.com. my

Ramai pelajar keliru, malah ada yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian ketika hendak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Biasanya ketika di Tingkatan Empat dan Lima, ramai pelajar tidak mempedulikan hala tuju ke IPT malah tidak ramai yang memberi perhatian apabila ekspo pendedahan ke IPT awam dan swasta dianjurkan di kawasan mereka.
Ini menyebabkan selepas SPM ramai yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian dan institusi pengajian bagi melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya. Terdapat juga sebahagian lepasan SPM yang menganggap masa depan mereka kabur atau sudah berakhir selepas mendapat keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan umum itu.
Sebenarnya, terdapat banyak cabang pilihan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT Ia boleh dipilih mengikut keputusan SPM, minat atau kecenderungan, nasihat kaunselor sekolah mahu pun ibu bapa. Sehubungan itu, pelajar perlu memberi perhatian sekiranya ada ekspo mengenai IPT yang diadakan bagi mendapat maklumat jelas mengenai hala tuju selepas SPM.
Keputusan SPM bukan penentu segala-galanya,jika masih gagal ke IPT banyak lagi pusat pengajian dan kemahiran yang disediakan kerajaan serta swasta yang boleh diikuti untuk menjadi insan cemerlang sekali gus membina pembangunan diri dan negara.
Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar boleh melayari laman web IPT dan IPTS yang cukup lengkap dengan maklumat mengenal jurusan pengajian dan maklumat tambahan universiti, Contohnya,jika ingin mendapat maklumat pengajian dan syarat kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia, pelajar boleh lawati, www.utm. my; Universiti Malaya (www. um.edu.my); Universiti Putra Malaysia (www.upm.edu. my); Universiti Teknologi Mara (www.uitm.edu.my).
Selain itu, Tingkatan Enam juga terbukti mampu melahirkan golongan pelajar berkualiti sebelum meneruskan pengajian ke universiti. Jangan anggap ia pilihan terakhir kerana Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah antara peperiksaan yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk negara-negara Komanwel, Amerika Syarikat dan Republik Ireland.
Matrikulasi juga adalah antara program prauniversiti berkualiti kelolaan Kementenian Pelajaran yang boleh disertai bagi mengikuti jurusan sains, perakaunan dan aliran teknikal.Banyak laluan untuk meneruskan pelajaran ,jadi jangan mengalah sebelum berusaha.

sumber : Skor/Berita Harian