SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Wednesday, January 20, 2016

Kejohanan PingPong Daerah Rembau 2016

Kejohanan ping pong tersebut berlangsung pada 19 dan 20 januari 2016. Berlangsung di SMK Dato Sedia Raja.

SMA Rembau telah menghantar 16 orang wakil dari 4 kategori :
1. Lelaki 15
2. Lelaki 18
3. Perempuan 15
4. Perempuan 18

Dengan kelengkapan yang serba kurang, serta latihan yang tidak sampai seminggu, berikut adalah keputusannya :

- Nurhafizah Rostam : Naib Johan Perempuan 15
- Lelaki 15 - 2 orang ke pusingan kedua
- Lelaki 18 - pusingan awal sahaja
- perempuan 18 - seorang ke pusingan kedua

Seorang pemain SMA Rembau akan mewakili Daerah Rembau ke negeri pada 1 hingga 4 Feb Di Seremban.

Semoga kejayaan akan menyusul selepas ini.. Amin..

Monday, January 18, 2016

Latihan Ping Pong SMA Rembau ke daerah

Para pemain sedang berlatih bagi kejohanan ping pong daerah Rembau di SMK Dato Sedia Raja
Tarikh kejohanan : 19 dan 20 Jan 2016

Sunday, January 17, 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pustakawan dan Pengawas Sekolah 2016

Tahniah kepada seluruh warga kepimpinan pusat sumber dan pengawas sekolah atas lantikan. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada tahun ini.

Sunday, January 3, 2016

SALAM TAHUN BARU 2016 DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Salam Tahun Baru dari warga SMA Rembau.

Selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 sesi 2016.

Jumlah pelajar tingkatan 1 yang diterima ialah seramai 65 orang.

26 orang daripadanya diterima untuk masuk ke asrama.


Pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2016 akan mengikuti kurikulum baharu, Kurikulum Bersepadu DINI.
Untuk kurikulum ini, subjek Bahasa Arab yang sebelum ini diajar sebanyak 6 waktu seminggu, akan bertambah sebanyak 15 waktu seminggu. Manakala subjek pendidikan islam akan digantikan dengan subjek Syariah dan Usuluddin masing-masing diajar sebanyak 4 dan 3 waktu seminggu. Kedua-dua subjek ini akan diajar sepenuhnya menggunakan bahasa penghantar bahasa arab.

Sekian.