SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Sunday, December 13, 2009

PEGAWAS PSS 2010

SENARAI PENGAWAS PSS 2010

TINGKATAN DUA

1. MOHD ARIFF BIN KAMAROLZAMAN
2. MOHD. HAFIZ BIN RUSLI
3. NUR HASHIMA BT. RIDZUAN
4. NURUL IZZATI BT. ABD. GHANI
5. FATIN NABILAH BT. ISMAIL
6. NUR AMELIANA BT. RAMDZAN

TINGKATAN TIGA

1. NUR NAMIYRAH BT. RAMZY RAMESHAN
2. NURUL SYAHIDA BT. MOHD. NOOR
3. NURUL AIN FATIHAH BT. ZAMRI
4. NUR ATIQAH ZAWANI BT. ABDUL SYUKUR
5. SITI KHAIRUNISA BT. ABDULLAH
6. KHAIRIL ANUAR B. UNTONG
7. MOHD. ARIFF B. IBRAHIM
8. MUHD. ZAHERUDIN B. MUSTAFA
9. MUHD. IKMAL B. SHAHRIR

TINGKATAN EMPAT

1. NUR SYAZWANI BT. SHAMSUL KAMAR
2. HAMIDAHTUL AKMALIAH BT. HJ AKASHAH
3. DAYANG NUR FATIHAH BT. BADROL HISHAM
4. ABD. AZIZ RABANI B. MAZLIN
5. MUAD'Z B. NORKEFLI
6. SITI NUR SYUHADA BT. AHMAD TAUFIK

CALON PENGAWAS PSS 2010

SITI NUR RASHIDAH BT. BAHARUDIN

* BAGI PELAJAR SMA REMBAU YANG BERMINAT UNTUK MENJADI PENGAWAS PSS BAGI 2010 SILA HANTAR BUTIR PERIBADI,KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI PENGAWAS PSS PADA GURU GPM SMA REMBAU @ email - psssmarembau@gmail.com
PERMOHONAN ANDA AKAN DIPERTIMBANGKAN
.



KOD PAKAIAN RASMI PENGAWAS PSS 2010

PENGAWAS PSS LELAKI

1. BAJU KEMEJA LENGAN PANJANG BERWARNA BIRU LAUT
2. SELUAR PANJANG WARNA HIJAU GELAP
3. TALI LEHER LENCANA SEKOLAH
4. SONGKOK HITAM
5. KASUT KANVAS BERWARNA HITAM ATAU KULIT BERWARNA HITAM

PENGAWAS PSS PEREMPUAN

1. BAJU KURUNG BERCEKAK TANGAN WARNA BIRU LAUT
2. KAIN BERWARNA BIRU
3. TUDUNG LABUH BERWARNA BIRU
4. KASUT KANVAS BERWARNA HITAM ATAU KULIT BERWARNA HITAM

WAJIB SENTIASA BERPAKAIAN RASMI PSS BESERTA TALI LEHER BAGI PELAJAR LELAKI KECUALI HARI JUMAAT.
KELONGGARAN BERPAKAIAN UNIFORM PUTIH DAN BADAN UNIFORM HANYA PADA HARI KHAMIS DAN RABU.


SURAT LANTIKAN AKAN DIBERI PADA AWAL SESI PERSEKOLAHAN 2010.

* SEBARANG MASALAH SILA RUJUKAN KEPADA GPM.
PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.

Monday, December 7, 2009

LEMBARAN BARU 2010

Suasana baru SMA Rembau 2010.
Satu permulaan lembaran 2010 hadir dengan wajah-wajah yang lebih ceria dan memberangsangkan. Salam Maal Hijrah dan Selamat manyambut tahun baru. Moga hari-hari mendatang dilalui penuh bermakna serta diredhai oleh Allah swt. Jadikan hari-hari yang berlalu sebagai sejarah yang menjadi pedoman hidup. Salam 1 Muharram 1431 Hijrah.




Wednesday, November 4, 2009

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.
Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI - Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid.
Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung.
Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya,
sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.
Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.
Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

sumber : http://www.susu.my/

Monday, November 2, 2009

3 November 2009 - Aktiviti Rakan Muda selepas peperiksaan telah dijalankan,dengan perlawanan Ping pong, Sepaktakraw dan Catur.



Wednesday, October 28, 2009

BILIK KOMPUTER BERWAJAH BARU
LAWATAN WAKIL PPD Rembau- En.Azman& Ust. Razali
TERIMA KASIH di atas bantuan PKG Rembau dan PPD Rembau, bilik komputer telah berwajah baru.



Sentuhan terakhir sebelum memulakan langkah baru ke Ting.4 -
Menceriakan perpustakaan SMRA Rembau



Wajah baru padang perhimpunan hasil sentuhan pelajar Ting.3
Aktiviti akhir tahun Ting.3

Tuesday, October 27, 2009

MATLAMAT PSS

Penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai

OBJEKTIF

•Kecemerlangan pendidikan.
•Pengguna kemudahan.
•Pemupukan tabiat belajar.
•Penghasilan bahan.
•Perkhidmatan pembelajaran.


JENIS PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMRA REMBAU 2009


Pusat Sumber SMRA Rembau menyediakan perkhidmatan bahan buku, bahan bukan buku, peralatan dan bahan bantuan mengajar serta penggunaan bilik-bilik atau ruang PSS.

Jenis perkhidmatan bilik atau ruang Pusat Sumber khusus untuk warga SMRA Rembau :-

i. Perpustakaan
ii. Bilik tayangan/ Bilik gerakan
iii. Bilik Bahan bantuan mengajar
iv. Pondok Bacaan
v. Ruang SAL di Perpustakaan
vi. Sudut pameran hasil kerja pelajar
vii. Sudut IT


WAKTU PERKHIDMATAN PSS SMAR

1. PERPUSTAKAAN / PONDOK BACAAN

Dibuka kepada warga pelajar SMRA Rembau :

i. Penggunaan bilik adalah pada waktu rehat:-

Isnin- Selasa Men. Rendah - 10.20 pg hingga 11.00 pg
Men.Atas - 10.55 pg hingga 11.30 pg
Rabu – Khamis Men. Rendah - 10.20 pg hingga 10.40 pg
Men.Atas -11.00 pg hingga 11.20 pg
Jumaat Men. Rendah - 10.00 pg hingga 10.20 pg
Men.Atas - 10.35 pg hingga 10.55 pg


ii. Sirkulasi / Pemulangan & peminjaman bahan buku :-

Men. Atas - Pinjaman – Isnin
Pemulangan – Selasa

Men. Rendah - Pinjaman – Rabu
Pemulangan – Khamis


Dibuka kepada warga pendidik :

i. Hari persekolahan:

Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.

2. BILIK BBM

Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.

3. BILIK TAYANGAN / BILIK GERAKAN

Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.

* Penggunaan luar waktu pejabat@ persekolahan hanya dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.*

GALERI SMAR

HASIL INOVASI PELAJAR TING.3 Math n Science prog. mari-mari ustazah jangan takut he!he!

Tuesday, July 28, 2009

SEKITAR MAJLIS PENUTUPAN BULAN PSS 09

Di antara guru-guru yang hadir
GPK HEM - Pn. Norazalina bt.Jaapar
Hakim Bahas Akhir

Peserta bahas peringkat akhir
Pembahas Terbaik - Nor Fareza bt. Rozain
JOHAN KESELURUHAN 09 - KADET POLIS

KEPUTUSAN AKHIR BULAN PSS 2009

PERTANDINGAN

EXPLORACE
1. KADET POLIS
2. KADET REMAJA
3. PPIM
4. PENGAKAP
5. PBSM

SPELL IT RIGHT ( SIR )

1. KADET REMAJA SEKOLAH
2. KADET POLIS
3. PENGAKAP
4. PPIM
5. PBSM

KUIZ AM

1. KADET POLIS
2. PENGAKAP
3. PPIM
4. PBSM
5. KADET REMAJA

HIWAR AL-ARABI

1. PENGAKAP
2. PPIM
3. KADET POLIS
4. PBSM
5. KADET REMAJA

PERBAHASAN

1. PBSM
2. PPIM (B)
3. PPIM (A)
4. KADET REMAJA
5. KADET POLIS
6. PENGAKAP

PEMBAHAS TERBAIK : NOOR FAREZA BT. ROZAIN

KEPUTUSAN KESELURUHAN

JOHAN - PASUKAN KADET POLIS SEKOLAH
N/JOHAN - PASUKAN PPIM
- PASUKAN PENGAKAP

KEEMPAT - PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH
KELIMA - PASUKAN PBSM

Monday, July 27, 2009

BILIK PSS

PERPUSTAKAAN
Kaunter
Rak terbuka
SALC

Sudut sejarah
Sudut NILAM
BILIK GERAKAN
Di antara aktiviti yang dijalankan. Kelas ICT.

Tiada makmal ICT

Friday, July 10, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

TIP PELAJAR CEMERLANG OLEH DATO’ DR .MOHD.FADZILAH KAMSAH

1.TUHAN MENCIPTA KITA DENGAN PENUH KESEMPURNAAN. BERTINDAKLAH DENGAN CEMERLANG.

2.PELAJAR YANG TIDAK BERDISIPLIN SEMASA BELAJAR BESAR KEMUNGKINAN TIDAK BERDISIPLIN
SEPANJANG HAYAT.

3.SEMUA ORANG MAHU BERJAYA TETAPI CUMA SEGELINTIR YANG BERJAYA KERANA MEREKA BERJAYA
MENGAWAL NAFSU DAN EMOSI.

4.KITA MUDAH LUPA APA YANG KITA DENGAR. KITA SEKADAR TAHU APA YANG KITA LIHAT. KITA
AKAN FAHAM APA YANG KITA AMALKAN ATAU PRAKTIKKAN.

5.APABILA KITA BELAJAR DENGAN NIAT UNTUK BERKONGSI ILMU ATAUPUN MENGAJAR ORANG LAIN,
KITA AKAN DAPAT KEFAHAMAN DAN DAYA INGATAN YANG LUAR BIASA.

6.SETIAP HARI CARILAH ALASAN UNTUK BERUBAH SECARA POSITIF.

7.DI DALAM DUNIA INI, CUMA KITA BERUPAYA MENGUBAH DIRI KITA.

8.APABILA KITA BERUBAH, SEMUA ORANG DI SEKELILING KITA AKAN BERUBAH SEIRINGAN DENGAN
PERUBAHAN KITA.

9.SETIAP MASALAH BERPUNCA DARIPADA DIRI KITA SENDIRI. KITA YANG PERLU
MENYELESAIKANNYA.

10.SEGALA KEHEBATAN SUDAH SEDIA ADA DALAM DIRI KITA. SEKADAR MENANTI UNTUK
DISERLAHKAN.

11.ORANG BIASA YANG MELAKUKAN TINDAKAN LUAR BIASA AKAN MENGHASILKAN PRESTASI LUAR
BIASA.

12.JADIKAN SETIAP HARI ADALAH HARI TERBAIK DAN SEPANJANG KEHIDUPAN ANDA AKAN
CEMERLANG.

13.KEJAYAAN = HIDAYAT + ILMU + AMAL + IKHLAS + ISTIQAMAH + BERTERUSAN BERUBAH SECARA
POSITIF.

14.KEJAYAAN ADALAH MELAKUKAN RUTIN YANG POSITIF SECARA BERTERUSAN.

PENCAPAIAN PELAJAR

KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

PEMAIN CATUR SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Thursday, July 9, 2009

MEMORI PSS

2003
HARI KELUARGA PSS KALI PERTAMA 2003


HARI PERSARAAN MANTAN PENGETUA - UST.MUSTAPA B. MAULOP



BULETIN KEDUA PSS 2004

Monday, July 6, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau.Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebus gunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula daripada saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.
Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir b. Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab. Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.
Setelah 25 tahun beroperasi, pihak Lembaga Pentadbir sekolah dengan kerjasama Allahyarham Dato’ Hj. Mahzan b. Hj. Hamzah( bekas ADUN Chembong) telah mengasaskan penubuhan asrama sekolah untuk kemudahan para pelajar dari luar daerah Rembau. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan Felda Gemas, Palong dan Pasir Besar dan sekitar daerah Kuala Pilah. Sekitar tahun 1984, hanya terdapat seorang pelajar lelaki yang menghuni asrama yang bertempat di bilik darjah dan kini dijadikan sebagai Bengkel ERT. Manakala pelajar perempuan ditempatkan bersebelah rumah warden dan sebahagiannya menumpang di rumah penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Puan Aminah. Setahun kemudian, pihak Lembaga Pentadbir sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bangunan baru sebagai asrama putera dan asrama puteri. Pada ketika itu, surau terletak di bilik bersebelahan asrama putera. Warden pertama yang bertanggungjawab mengurus asrama pada ketika itu adalah Allahyarhamah Puan Kalsom bt. Mohd. Tasha.
Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.

WAKTU PERKHIDMATAN PSS SMRA REMBAU 2009

1. PERPUSTAKAAN / PONDOK BACAAN
Dibuka kepada warga pelajar SMRA Rembau :

i. Penggunaan bilik adalah pada waktu rehat:-
Isnin- Selasa Men. Rendah - 10.20 pg hingga 11.00 pg
Men.Atas - 10.55 pg hingga 11.30 pg
Rabu – Khamis Men. Rendah - 10.20 pg hingga 10.40 pg
Men.Atas -11.00 pg hingga 11.20 pg
Jumaat Men. Rendah - 10.00 pg hingga 10.20 pg
Men.Atas - 10.35 pg hingga 10.55 pg

ii. Sirkulasi / Pemulangan & peminjaman bahan buku :-

Men. Atas - Pinjaman – Isnin
Pemulangan – Selasa
Men. Rendah - Pinjaman – Rabu
Pemulangan – Khamis

Dibuka kepada warga pendidik :

i. Hari persekolahan:
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.



2. BILIK BBM
Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.


3. BILIK TAYANGAN / BILIK GERAKAN
Dibuka kepada guru :
Isnin – Khamis - 7.35 pg hingga 4.30 ptg.
Jumaat - 7.35 pg hingga 12.30 tgh.

* Penggunaan luar waktu pejabat@ persekolahan hanya dengan
kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

Wednesday, May 27, 2009

Tuesday, May 26, 2009

Aktiviti PSS SMRA Rembau 2008

KURSUS PROSES TEKNIK PSS 2008
dibawah bimbingan En.Suhaimi,En.Ismail dan Pn. Norhayati

Lawatan Persatuan PSS & Math Sains

Pulau Langkawi Oktober 2008


Tak paneh pun minyak gamat nie!



Jamuan Akhir Tahun 2008