SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Saturday, February 13, 2010

KHAZANAH BANGSA

Kehebatan Bahasa Melayu Dulu, Kini dan Selamanya

Bukti sejarah menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sebagai
Bahasa Kebangsaan oleh beberapa kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu sejak permulaan abad ketujuh lagi.

Pada masa itu, bahasa Melayu tersebar luas di seluruh Asia Tenggara sebagai bahasa rasmi pemerintah, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa perdagangan dan juga bahasa ilmu pengetahuan.

Oleh itu,tidak hairanlah pada hari ini bahasa Melayu digunakan dan difahami oleh lebih daripada 100 juta manusia. Melihat kepada perkembangan dan kewujudan bahasa Melayu yang begitu lama serta bermakna dalam sejarah Asia Tenggara, menggambarkan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia.

Sebenarnya, secara sedar atau tidak sedar, keistimewaan dan kehebatan bahasa Melayu terletak pada kesederhanaan bentuk dan sifatnya. Bentuk dan sifatnya yang sederhana menjadikan bahasa Melayu mudah disesuaikan untuk segala keperluan sama ada dan sudut sosial, ekonomi, politik mahupun ilmu.

Selain itu,jika ditinjau dan segi sejarah, tempat tersebarnya bahasa MeIayu iaitu Asia Tenggara adalah tempat tumpuan dan percantuman pelbagai kebudayaan dunia seperti kebudayaan India, China, Arab dan Eropah.

Percantuman sintesis daripada aneka ragam kebudayaan inilah telah membentuk satu acuan bahasa yang tersendiri, luas dan kaya dengan kosa kata yang indah dan unik iaitu bahasa Melayu. Hal ini membuktikan kecemerlangan dan kehebatan bangsa kita memperkasa bahasa Melayu sehingga mampu dijadikan bahasa linqua franca.

Itulah kedudukan bahasa kita, pedagang dan luar seperti China, India, Eropah dan lain-lain lagi perlu bertutur dalam bahasa Melayu jika mereka ingin berurusan dengan kerajaan Melayu atau pedagang tempatan. Mereka mesti menguasai bahasa Melayu andai ingin bersaing dalam bidang yang mereka ceburi.

Sejarah dan perjalanan yang dilalui oleh bahasa Melayu dan dulu hingga kini amat menarik. Dalam tempoh tersebut, meskipun bahasa Melayu terpaksa menerima pelbagai unsur dari luar, mengalami saingan daripada bahasa asing (Sansknit, Arab dan Eropah) dan pelbagai bahasa tempatan sendiri (Jawa dan Sunda).Tetapi dengan bentuk dan sifat bahasa Melayu yang sederhana ini, segala halangan tersebut menjadikan bahasa Melayu lebih kuat, Iebih segar dan lebih kaya.

Kita tidak mahu ketinggalan dalam semua aspek demi mengejar kemajuan, tetapi masih berlandaskan acuan kita sendiri.

Oleh hal yang demikian, kita sentiasa menenima pembaharuan, kita sentiasa bersikap terbuka, kita sentiasa berpandangan jauh dalam soal yang membabitkan letak duduknya bahasa Melayu selaras dengan sifat bahasa itu sendiri yang dinamilk bukannya statik.

Kini bahasa kita mengalami perluasan kosa kata yang meliputi pelbagai disiplin ilmu, antaranya perubatan, ekonomi, teknologi maklumat dan komunikasi, undang-undang dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, banyak universiti di negara Barat, Eropah, China dan lain-lain lagi telah menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bidang pengajian di universiti mereka.OIeh itu, tidak hairanlah kini, orang Perancis, Korea, China, dan lain-lain lagi amat mahir berbahasa Melayu.

Namun, tidak ramai dalam kalangan kita menyedari kehebatan dan keistimewaan yang digambarkan di atas tadi. Semoga gambaran ringkas dan sepintas lalu tentang sejarah bahasa Melayu dapat menyemai benih cinta akan bahasa yang kita warisi ini.

Menyedari kehebatan orang Melayu inilah menyebabkan Hang Tuah menyatakan ‘takkan Melayu hingga di dunia’ dan merasai hangatnya bahang kealpaan kita menyebabkan Tun Mahathir menyatakan ‘Melayu Mudah lupa’.

Lupa dalam konteks yang positif iaitu mudah lupa tentang persengketaan, ketidaksefahaman, kelemahan diri memang perlu, tetapi andai kita lupa akan kehebatan bangsa kita, kita khuatir generasi kita tidak mempunyai keyakinan diri untuk terus bersaing di peringkat global.

_________________________________________________________________________________

Masa Depan Bahasa Melayu

Bagaimanakah nasib bahasa Melayu pada masa hadapan. Adakah bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang unggul, bahasa yang berwibawa, bahasa yang berkudrat dan bahasa yang akan terus maju seiring dengan perubahan zaman yang semakin pesat sesuai dengan perkembangan teknologi, komunikasi serta makiumat yang canggih dalam era globalisasi ini.

Dalam hal ni kita perlu yakin bahawa bahasa Melayu akan terus hidup dan tersebar di seluruh dunia. Segala persoalan tersebut mudah dirungkai,jawapannya bergantung kepada kita dan generasi penerus kecemerlangan kita.

Jika kita dan generasi berikutnya sentiasa berpendirian teguh dan istiqamah, bersemangat mandiri dan berjiwa merdeka, bahasa Melayu akan tetap hidup bahkan semakin berkembang dan berkeupayaan menjadi bahasa antarabangsa, bahasa ilmu dan bahasa yang agung sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman kegemilangannya laitu era Kesultanan Melayu Melaka.

Marilah kita belajar daripada dua peristiwa sejarah berikut dalam usaha kita memikul tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu.

Pertama, sejarah para ulama Islam zaman silam dan kedua sejarah para cendekiawan Jepun. Pada zaman awal Islam, bahasa Arab bukanlah bahasa dunia, demikian juga pada zaman awal Era Meiji, bahasa Jepun bukanlah bahasa ilmu. Namun, kedua-dua golongan, iaitu ulama dan cendekiawan yang datang daripada dua budaya, bahasa dan juga dan zaman yang berlainan ini telah dapat mengangkat martabat bahasa masing-masing ke mercu kejayaan yang bukan kepalang.
Kedua-dua bahasa ni dipupuk dan digembleng melalui proses yang hampir sama, iaitu:

1. Peringkat pertama; mereka membawa ilmuwan-ilmuwan dan negara luar untuk mengajar pelbagai ilmu pengetahuan kepada anak-anak watan mereka;

2. Peringkat kedua; anak-anak watan dihantar ke negara luar bagi menimba ilmu pengetahuan yang baru dan sesuai dengan zamannya;

3. Peringkat ketiga; mereka menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan yang telah dikumpulkan ke dalam bahasa ibunda mereka;

4. Peringkat keempat; mereka mengajar, menyelidik dan menekuni bidang masing-masing sehingga memerlukan pelbagai maklumat, ilmu dan penemuan baru yang dapat mengangkat darjat ilmu pengetahuan dan teknologi yang bermanfaat kepada umat.

Semua kegiatan intelektual ini dilakukan dengan menggunakan bahasa masing-masing yang mereka pupuk dan gilap.Akhirnya para ilmuwan Islam dapat melahirkan satu tamadun Islam yang maju, agung dan unggul pada zaman silam dengan menggunakan bahasa Arab.

Sementara itu, cendekiawan Jepun dapat menempa sejarah moden yang gemilang melalui bahasa Jepun. Kini, bahasa Jepun masih menguasai kegiatan keilmuan, ekonomi dan teknologi yang canggih serta mantap. Oleh itu, dalam usaha memajukan dan melestarikan bahasa Melayu ke tempat yang selayaknya, kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa dalam sejarah, kerana sejarah diumpamakan seperti cermin kereta yang digunakan untuk meiihat ke belakang sebagai panduan untuk kita terus maju.

OIeh: Amin Omar bhskor@bharian.com.my