SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Monday, March 22, 2010

UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU UKHWAH SEJATI SM AGAMA REMBAU 2010/1431H
‘ UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG ‘

Pelancaran Program orientasi pelajar tingkatan 1 SM Agama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 3 Januari 2010 di Dewan SM Agama Rembau dan dihadiri oleh para pelajar baru, ibu bapa serta para guru. Program yang bertemakan Ukhwah cemerlang akademik gemilang ini telah berlangsung sehingga 10 Januari 2010. Pada hari pertama program ini Pn.Khairani sebagai wakil Pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran para pelajar serta penjaga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar aspura. Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan rekreasi seperti Treasure hunt in English and Arabic dilaksanakan sebagai orientasi serta mewujudkan keseronokan dan persediaan bagi pelajar tingkatan satu yang baru memulakan langkah ke alam sekolah menengah. Program orientasi ini turut melibatkan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran seperti unit HEM, Ko-Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Adalah diharapkan aktiviti –aktiviti ini dapat mencambah minat pelajar untuk meneruskan pengajian di sekolah agama sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai bidang yang berkaitan.