Posts

Showing posts from 2010

BORANG KEMASUKAN TING. SATU 2011

Untuk makluman, Borang kemasukan ke Ting. 1 ke SM Agama Rembau 2011 boleh diperolehi di Pejabat SMA Rembau mulai 18 Oktober 2010. Kepada sesiapa yang berminat boleh membeli borang tersebut pada harga RM 2.00. Syarat minimum untuk pemohonan - UPSR- 2 A tanpa E.

TERKINI

Image
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2010 SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ANDA KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 --------------------------------------------------------------------------------- WARGA BARU Selamat Datang diucapkan kepada ahli keluarga baru SMA Rembau. CIKGU YANTI JU LAIDY BINTI HUSSIN

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 53 bagi tahun 2010 telah dilaksanakan secara sederhana pada 4 Ogos 2010 di tapak perhimpunan SM Agama Rembau. Majlis ini telah disempurnakan oleh Cikgu Iskan sebagai wakil pihak pentadbir sekolah. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd. Hafizuddin dari 4 Imtiyaz dan diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Saudari Nurul Anis Syafiqah dan nyanyian lagu patriotik dari pelajar 4 Imtiyaz. Acara seterusnya adalah acara penyerahan utusan kemerdekaan yang ditandatangan oleh Cikgu Iskan. Penutupan majlis ini telah semarkkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang diiringi dengan lagu iringan. 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53'.

BULAN MEMBACA DAN PSS 2010

Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Julai. Pertandingan pertama akan dilaksanakan pada 21 Julai dan 28 Julai. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti Pusat Sumber dan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap fungsi dan peranan PSS sebagai sumber rujukan. Di samping mengenalpasti potensi diri individu serta meningkatkan keyakinan diri pelajar menerusi pertandingan yang diadakan. CADANGAN PERTANDINGAN TARIKH/ HARI - 21 JULAI 2010 / RABU PENYERTAAN : PERSATUAN PERTANDINGAN - SPELL IT RIGHT LOKASI - 5 IMTIYAZ HAKIM : EN.ISKAN B. DAMURI & PN.KHAIRANI BT. KHALID KUIZ AM LOKASI - 3 IMTIYAZ HAKIM : CIK SITI HAJAR BT. SULAIMAN & EN. MOHD. HELMI B. ABDULLAH PERTANDINGAN MELUKIS LOKASI - 1 IMTIYAZ HAKIM : PN.SITI ARIJA BT. BUANG & PN.NORAINI BT. MOHD. ALI TARIKH/ HARI - 28 JULAI 2010 / RABU PENYERTAAN : BADAN BERUNIFROM KUIZ BAHASA ARAB LOKASI - 5 IMTIYAZ HAKIM : UST. MOHD. FAUZI B. DAUD & UST.ANUWAR B. ...

Seminar

Image
Program ini terbuka kepada semua pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Sesiapa yang berminat sila hubungi pihak penganjur..Segera jangan ketinggalan......

KAD PINJAMAN 2010

Image
Perpustakaan Kad Pinjaman Buku yang baru akan dikuatkuasakan mulai 21 Jun 2010. Setiap warga SM Agama Rembau akan menggunakan kad pinjaman tersebut untuk pinjaman buku yang menggunakan kad. Kad pinjaman ini terdiri daripada warna-warna yang berbeza mewakili setiap tingkatan, guru dan staf. Kad pinjaman ini akan disimpan di perpustakaan dan digunakan apabila pinjaman dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan kad berkenaan agar tidak rosak atau hilang di samping memudahkan pinjaman dilakukan pada waktu yang ditetapkan. Semoga warga SM Agama Rembau memanfaatkan kemudahan yang sediakan. Selamat membaca. Salam , GPM SM Agama Rembau Contoh kad

Perpustakaan banjir

Image
13 April 2010- Sekali lagi Perpustakaan SM Agama Rembau digenangi air jam 7 pagi tadi. Kejadian ini merupakan kejadian kedua dalam minggu ini. Awal pagi semalam kira-kira 7.15 pagi, perpustakaan SM Agama Rembau buat pertama kalinya digenangi air.Punca kejadian bermula daripada kebocoran tangki air yang terletak di atas siling perpustakaan. Kira-kira dua bulan yang lalu, pihak pentadbiran telah melakukan proses baik pulih.Namun keadaan semakin buruk apabila air menitik dengan lebih kerap dengan kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan bekalan paip utama untuk bangunan pentadbiran ditutup. Kejadian yang berlaku semalam merupakan yang paling teruk sehingga menyebabkan keseluruhan karpet perpustakaan terpaksa rosak dan ditanggalkan dan semua buku dikeluarkan dari rak buku. Kesan daripada itu, perpustakaan SM Agama Rembau tidak dapat beroperasi sehingga diberitahu kelak.

Aktiviti PSS

Image
3 April 2010 - Kesukaran mencari ruang masa untuk berkumpul bersama menyebabkan beberapa aktiviti pss terpaksa dijalankan pada hari Sabtu.Perjumpaan yang diadakan semalam cuma dihadiri sebahagian pengawas pss kerana terdapat ramai dikalangan mereka mempunyai urusan hujung minggu bersama keluarga. Namun demikian tidak mematahkan semangat pengawas yang hadir untuk menyumbang sepenuh tenaga mereka untuk meningkatkan perkhidmatan PSS SMA Rembau.Pengisian perjumpaan semalam dimulai dengan sesi taklimat dan diikuti dengan aktiviti proses teknik buku baru,menyusun buku di rak, baik pulih buku dan keceriaan.Perjumpaan yang bermula pada 8.30 pagi berakhir pada 11.30 pagi.Dan ada di kalangan pengawas yang balik pada 12.00 tengahari.Tahniah diucapkan dan terima kasih daripada pihak sekolah.Moga Allah s.w.t memberkati keikhlasan dan kesungguhan anda.

PELANCARAN NILAM 2010

Image
Majlis Pelancaran Program NILAM 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mac 2010 bersamaan hari Isnin pada perhimpunan rasmi sekolah. Aturcara majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada juruacara majlis , Siti Rashidah bt. Baharudin ( 5 Im).Majlis ini telah diserikan dengan alunan gamelan yang mengiringi Puan Pengetua memecahkan ais untuk mengeluarkan Rekod NILAM . Seterusnya , Puan Pengetua telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.

TAKLIMAT AADK & KESELAMATAN AWAM

Image
Pada 22 Febuari 2010 satu taklimat berkaitan dengan gejala sosial,dadah dan keselamatan awam telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Rembau iaitu SM Alias. Menerusi taklimat ini, beliau telah menyentuh perkara berkenaan masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meningkat seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, merokok dan penyalahgunaan dadah. Di samping itu, beliau turut menegur sikap golongan remaja yang tidak mematuhi peraturan dan larangan seperti menunggang motor tanpa topi keledar dan bermain video game dan melayari laman sesawang terlarang di Kafe Siber. Seterusnya , beliau mengumumkan SM Sabri sebagai Pegawai Polis Perhubungan Sekolah .

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam SM Agama Rembau telah diadakan pada 10 Febuari 2010 iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat – bakat baru yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan MTAQ di peringkat daerah, di samping mencungkil bakat-bakat terpendam serta membentuk keyakinan diri para peserta untuk kehadapan. Pertandingan yang disertai oleh seramai 58 orang peserta , terbahagi kepada tiga acara iaitu Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran. Setiap pertandingan ini mempunyai kategori lelaki dan perempuan. Lokasi pertandingan ini melibatkan surau untuk acara Tilawah Al-Quran, kelas 3 Imtiyaz untuk acara Hafazan dan kelas 4 Imtiyaz untuk acara Syarahan. PEMENANG ACARA TILAWAH LELAKI – JOHAN – SYED AHMAD MUIZ B. SYED AHMAD JOHARI N/JOHAN – WAN MOHD. FAIRUZ B. WAN HISHAM KETIGA - SHAHRUL AZWAN B. ABD. MUKTI PEREMPUAN -JOHAN – ANIS SAKINAH BT. HISHAM N/JOHAN – FATIN NABILAH BT. ISMAIL KETIGA ...

PROFIL SM AGAMA REMBAU

PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Agama Rembau Kod. Sekolah : NFT 3002 Kategori : Sekolah Luar Bandar Gred A ( SABK ) Bil Kelas- 8 kelas Menengah Rendah- 6 Kelas Menengah Atas- 2 kelas (Aliran Agama) VISI SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU sebagai sebuah INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG DAN GEMILANG MISI MELAHIRKAN MURID CEMERLANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, DISIPLIN & SAHSIAH DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF. SLOGAN MURABBI MUSLEH MURID BERILTIZAM MOTTO MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT PIAGAM SMAR Kami Warga SMA Rembau dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji: - Menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, proaktif dan komited. - Membantu pelajar-pelajar mendapat pendidikan dengan sempurna dan adil. - Sentiasa berusaha membentuk dan melahirkan pelajar berilmu, beriman, berakhlak mulia,berdisiplin,dinamis,kreatif dan aktif. - Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diurus dengan baik. - Menerapkan budaya penyayang antara pentadbi...

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka

UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

Image
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU UKHWAH SEJATI SM AGAMA REMBAU 2010/1431H ‘ UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG ‘ Pelancaran Program orientasi pelajar tingkatan 1 SM Agama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 3 Januari 2010 di Dewan SM Agama Rembau dan dihadiri oleh para pelajar baru, ibu bapa serta para guru. Program yang bertemakan Ukhwah cemerlang akademik gemilang ini telah berlangsung sehingga 10 Januari 2010. Pada hari pertama program ini Pn.Khairani sebagai wakil Pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran para pelajar serta penjaga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar aspura. Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan rekreasi seperti Treasure hunt in English and Arabic dilaksanakan sebagai orientasi serta mewujudkan keseronokan dan persediaan bagi pelajar tingkatan satu yang baru memulakan langkah ke alam sekolah menengah. Program orientasi ini turut melibatkan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran seperti ...

ASAL HARI VALENTINE RAI PADERI

• APA ITU HARI VALENTINE HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari. • ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana beraya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine. • PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’. Jawatankuasa Fatwa MajIis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memut...

Hari Kekasih rosakkan akidah golongan muda.

Oleh Mohd Masri Mohd Ramli SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka. Dan manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih. Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam,khususnya golongan muda. Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikaitkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian. Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia...

KHAZANAH BANGSA

Kehebatan Bahasa Melayu Dulu, Kini dan Selamanya Bukti sejarah menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan oleh beberapa kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu sejak permulaan abad ketujuh lagi. Pada masa itu, bahasa Melayu tersebar luas di seluruh Asia Tenggara sebagai bahasa rasmi pemerintah, bahasa perhubungan antarabangsa, bahasa perdagangan dan juga bahasa ilmu pengetahuan. Oleh itu,tidak hairanlah pada hari ini bahasa Melayu digunakan dan difahami oleh lebih daripada 100 juta manusia. Melihat kepada perkembangan dan kewujudan bahasa Melayu yang begitu lama serta bermakna dalam sejarah Asia Tenggara, menggambarkan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia. Sebenarnya, secara sedar atau tidak sedar, keistimewaan dan kehebatan bahasa Melayu terletak pada kesederhanaan bentuk dan sifatnya. Bentuk dan sifatnya yang sederhana menjadikan bahasa Melayu mudah disesuaikan untuk segala keperluan sama ada dan sudut sosial, ekonom...

Masalah Pelajar

Elak Belajar Pada Saat Akhir Terdapat dua perkara penting. Pertama mengatasi bagaimana belajar pada saat-saat akhir dan kedua bagaimana cara untuk mengatasi masalah panik semasa peperiksaan. Pertamanya, pastikan anda tidak belajar pada akhir iaitu sehingga peperiksaan. Anda boleh menyediakan jadual waktu belajar yang selesa dan sesuai. Belajar mengikut jadual ditetapkan merupakan amalan terbaik kerana jadual tersebut boleh membiasakan diri melaksanakan tugas mengikut biasa ditetapkan. Kebiasaan melaksanakan tugas menjadikan anda seorang yang mahir berbanding mereka yang tiada jadual. Namun begitu, sekiranya berlaku juga kesuntukan masa untuk belajar, diperturunkan beberapa panduan; i. Relaks dan bertenang. Jangan memaksa diri untuk belajar dalam keadaan cemas dan tegang. ii. Apabila berasa tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Cari bilik atau tempat tidak bising, bukalah nota atau buku ulang kaji yang pernah anda jawab sebelum ini. Elakkan membaca buku tebal ...

TIP BELAJAR CEMERLANG bersama Cikgu Amiza

Merancang Waktu Dengan Betul Tip Merancang Waktu 1. Sediakan jadual harian Tentukan tugas dan waktu melaksanakan sesuatu kerja dan patuhi jadual. 2.Tetapkan dan ingat matlamat setiap masa Matlamat mendorong kita memilih aktiviti penting dan dapat mengelakkan daripada menghabiskan masa dengan tugas kurang penting. 3. Mengetahui apa yang hendak dilakukan setiap masa Setiap saat sangat berharga dan tidak boleh membazirkan waktu tanpa tujuan. 4. Jangan menangguhkan kerja Menangguhkan kerja menjadikan beban kerja bertambah. OIeh itu, banyak kerja yang ditangguhkan tidak menjadi. 5. Membuat penilaian harian Penilaian diri perlu dibuat setiap hari. OIeh itu, kita dapat memikirkan cara terbaik membetulkan kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri. Tip Meningkatkan Bekalan Oksigen 1. Selalu bernafas dengan mendalam (deep breathing) 2. Bernafas secara rentak (rhythmic breathing) 3. Bernafas dengan kiraan tujuh; tahan nafas dengan kiraan tujuh; keluarkan nafas dengan kiraan tujuh; bernafas semula ...

Sikap Ambil Mudah Undang Kecelakaan

Image
Oleh Nor Azma Laila dan Samsudin Oli Mohamad norazma@bharian.com.my Fenomena pelajar menunggang motosikal tanpa lesen yang sah serta tidak memakai topi keledar ke sekolah dilihat semakin membimbangkan. Ia bukan saja menyalahi peraturan jalan raya, malah membahayakan keselamatan pelajar serta pengguna lain. Berikutan keadaan yang tidak terkawal terutama di kawasan luar bandar,TimbaIan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dilaporkan memberi amaran pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen di kawasan sekolah boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang atau digantung sekolah. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah berkenaan, antaranya sikap ambil mudah pelajar dan ibu bapa, kekurangan pengangkutan awam terutama di kawasan luar bandar serta kurangnya kesedaran mengenai undang-undang jalan raya. Didapati pelajar bukan sahaja menunggang tanpa lesen, malah tidak memakai topi keledar untuk keselamatan diri. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (...

Aliran Teknik, Vokasional berbeza

Image
OLEH ZABIDI HITAM DAN NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN bhminda @bharian.com.my Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) biasanya keliru untuk memilih aliran ke tingkatan empat. Ramai didapati terpengaruh dengan ajakan kawan sama ada mengikuti airan sains, sastera, teknik atau vokasional. Ada juga yang terpaksa mengikut arahan ibu bapa, tanpa kerelaan diri. Malah yang lebih teruk, ada yang tidak mampu membuat keputusan menyebabkan ramai yang berputus asa sebelum sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini menyebabkan mereka gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, sekali gus tidak dapat memasuki institusi pengajian tinggi yang dihajati. Masalah paling ketara dihadapi pelajar yang ingin mengikuti jurusan kemahiran apabila tidak dapat membezakan aliran vokasional dengan teknik. Sebenarnya,sekolah teknik menekankan aspek teknikal (teori) manakala vokasional menekankan kepada kemahiran(praktikal). Sehubungan itu, pelajar perlu membuat pilihan tepat kerana masa depan k...

Kenali Pengkhususan Sebelum ke IPT

Image
Oleh Bash’ Zabrom basir@bharian.com. my Ramai pelajar keliru, malah ada yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian ketika hendak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Biasanya ketika di Tingkatan Empat dan Lima, ramai pelajar tidak mempedulikan hala tuju ke IPT malah tidak ramai yang memberi perhatian apabila ekspo pendedahan ke IPT awam dan swasta dianjurkan di kawasan mereka. Ini menyebabkan selepas SPM ramai yang tidak tahu membuat pilihan program pengajian dan institusi pengajian bagi melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya. Terdapat juga sebahagian lepasan SPM yang menganggap masa depan mereka kabur atau sudah berakhir selepas mendapat keputusan kurang memberangsangkan dalam peperiksaan umum itu. Sebenarnya, terdapat banyak cabang pilihan melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT Ia boleh dipilih mengikut keputusan SPM, minat atau kecender...

SELAMAT DATANG CIKGU

Image
Warga SMA Rembau amat berbesar hati menerima kehadiran beberapa orang guru baru bagi memantapkan barisan tenaga pengajar sekolah ini.Barisan tenaga pendidik yang baru melangkah ke SABK SMA Rembau merupakan guru-guru yang berpengalaman dari sekolah menengah kebangsaan dan sabk. SELAMAT DATANG CIKGU :]

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI

Image
Setelah lebih setahun dalam penantian yang penuh dengan tanda tanya dan akhirnya kini terjawab.Warga SMA Rembau dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru ke sekolah ini.Semoga SMA Rembau akan semakin maju dan cemerlang di bawah kepimpinan Puan Pengetua. Sepintas lalu mengenai Pengetua SMA Rembau 2010 Nama: Hajah Japiah binti Jampok Tarikh lahir : 13 Febuari 1957 Asal : Alor Gajah , Melaka Pend.Menengah i. Sek.Men.Agama Tinggi Seremban ii.Kolej Islam Klang Pengajian Tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia i. Diploma Pendidikan ( Pend.Islam ) ii. Ijazah Pengajian Islam ( Usulluddin ) Perkhidmatan Sek.Men.Datuk Undang Abdul Manap ( 1983 - 2009 )