Posts

Showing posts from March, 2010

PELANCARAN NILAM 2010

Image
Majlis Pelancaran Program NILAM 2010 peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mac 2010 bersamaan hari Isnin pada perhimpunan rasmi sekolah. Aturcara majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada juruacara majlis , Siti Rashidah bt. Baharudin ( 5 Im).Majlis ini telah diserikan dengan alunan gamelan yang mengiringi Puan Pengetua memecahkan ais untuk mengeluarkan Rekod NILAM . Seterusnya , Puan Pengetua telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian.

TAKLIMAT AADK & KESELAMATAN AWAM

Image
Pada 22 Febuari 2010 satu taklimat berkaitan dengan gejala sosial,dadah dan keselamatan awam telah disampaikan oleh Ketua Balai Polis Rembau iaitu SM Alias. Menerusi taklimat ini, beliau telah menyentuh perkara berkenaan masalah sosial di kalangan remaja yang semakin meningkat seperti lari dari rumah, ponteng sekolah, merokok dan penyalahgunaan dadah. Di samping itu, beliau turut menegur sikap golongan remaja yang tidak mematuhi peraturan dan larangan seperti menunggang motor tanpa topi keledar dan bermain video game dan melayari laman sesawang terlarang di Kafe Siber. Seterusnya , beliau mengumumkan SM Sabri sebagai Pegawai Polis Perhubungan Sekolah .

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam SM Agama Rembau telah diadakan pada 10 Febuari 2010 iaitu pada hari Rabu. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mencari bakat – bakat baru yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan MTAQ di peringkat daerah, di samping mencungkil bakat-bakat terpendam serta membentuk keyakinan diri para peserta untuk kehadapan. Pertandingan yang disertai oleh seramai 58 orang peserta , terbahagi kepada tiga acara iaitu Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran. Setiap pertandingan ini mempunyai kategori lelaki dan perempuan. Lokasi pertandingan ini melibatkan surau untuk acara Tilawah Al-Quran, kelas 3 Imtiyaz untuk acara Hafazan dan kelas 4 Imtiyaz untuk acara Syarahan. PEMENANG ACARA TILAWAH LELAKI – JOHAN – SYED AHMAD MUIZ B. SYED AHMAD JOHARI N/JOHAN – WAN MOHD. FAIRUZ B. WAN HISHAM KETIGA - SHAHRUL AZWAN B. ABD. MUKTI PEREMPUAN -JOHAN – ANIS SAKINAH BT. HISHAM N/JOHAN – FATIN NABILAH BT. ISMAIL KETIGA ...

PROFIL SM AGAMA REMBAU

PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Agama Rembau Kod. Sekolah : NFT 3002 Kategori : Sekolah Luar Bandar Gred A ( SABK ) Bil Kelas- 8 kelas Menengah Rendah- 6 Kelas Menengah Atas- 2 kelas (Aliran Agama) VISI SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU sebagai sebuah INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM CEMERLANG DAN GEMILANG MISI MELAHIRKAN MURID CEMERLANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, DISIPLIN & SAHSIAH DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF. SLOGAN MURABBI MUSLEH MURID BERILTIZAM MOTTO MELAHIRKAN INSAN RABBANI YANG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT PIAGAM SMAR Kami Warga SMA Rembau dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji: - Menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, proaktif dan komited. - Membantu pelajar-pelajar mendapat pendidikan dengan sempurna dan adil. - Sentiasa berusaha membentuk dan melahirkan pelajar berilmu, beriman, berakhlak mulia,berdisiplin,dinamis,kreatif dan aktif. - Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar diurus dengan baik. - Menerapkan budaya penyayang antara pentadbi...

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN GURU

LDP – PELAN STRATEGIK & PELAN TAKTIKAL Latihan dalam perkhidmatan sesi pertama telah dilaksanakan pada 22 Januari 2010 bersamaan dengan hari Jumaat di Perpustakaan SM Agama Rembau. Program yang berbentuk taklimat dan bengkel ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua SM Agama Rembau iaitu Pn. Hjh Japiah bt. Jampok. Menerusi kursus ini, beliau telah memberi pendedahan serta bimbingan kepada para guru berkaitan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal bagi setiap mata pelajaran. Kursus ini amat penting untuk membantu guru menyusun program dan aktiviti bagi setiap panitia dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam setiap mata pelajaran. Di samping itu, kursus ini turut membimbing guru untuk merancang perbelanjaan untuk panitia masing-masing. Setelah sesi penerangan disampaikan , para guru diminta berkumpul mengikut panitia untuk merancang pelan strategik dan pelan taktikal bagi tahun semasa serta perbelanjaan aktiviti untuk panitia mereka

UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG

Image
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN MINGGU UKHWAH SEJATI SM AGAMA REMBAU 2010/1431H ‘ UKHWAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG ‘ Pelancaran Program orientasi pelajar tingkatan 1 SM Agama bagi tahun 2010 telah diadakan pada 3 Januari 2010 di Dewan SM Agama Rembau dan dihadiri oleh para pelajar baru, ibu bapa serta para guru. Program yang bertemakan Ukhwah cemerlang akademik gemilang ini telah berlangsung sehingga 10 Januari 2010. Pada hari pertama program ini Pn.Khairani sebagai wakil Pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi meraikan kehadiran para pelajar serta penjaga mereka. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar aspura. Pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan rekreasi seperti Treasure hunt in English and Arabic dilaksanakan sebagai orientasi serta mewujudkan keseronokan dan persediaan bagi pelajar tingkatan satu yang baru memulakan langkah ke alam sekolah menengah. Program orientasi ini turut melibatkan sesi taklimat daripada pihak pentadbiran seperti ...