Posts

PERMOHONAN TINGKATAN 1 SESI 2018

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEK MEN AGAMA REMBAU  (AMBILAN TAHUN 2018) Borang permohonan telah ditutup. Tempoh permohonan : 23 November hingga 1 Disember 2017 Syarat-syarat kemasukan : Pemohon merupakan calon UPSR 2017 Bapa berstatus warganegara Malaysia Mendapat minimum 3A tanpa D dan E dalam UPSR Mendapat minimum 6A (termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Tilawah dan Jawi) tanpa D dan E dalam UPKK Aktif dalam kepimpinan, kegiatan kokurikulum, ko-akademik dan tiada rekod disiplin berat Sihat tubuh badan Keutamaan diberikan kepada murid yang menghafaz surah-surah berikut - Surah Yaasin atau Surah al Mulk atau Surah Waqiah atau Surah Sajadah (salah satu). Dokumen yang diperlukan semasa temuduga   (Sila muat turun borang dan dapatkan pengesahan dari pihak sekolah rendah sebelum cuti sekolah bermula) Surat pengesahan Guru Pendidikan Islam, GPK HEM dan Guru Besar Sekolah Rendah -  MUAT TURUN SURAT di sini (dua helaian). Sijil-sijil murid (salinan sij...

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SMA REMBAU 2018

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Permohonan ke tingkatan 1 bagi sesi 2018 akan dibuka tidak lama lagi, Sila pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan melalui blog ini. Sekian, terima kasih. Admin.

Selamat Datang Pengetua Baharu

Image
Tarikh : 13/2/2017 Hari : Isnin Seluruh warga SMA Rembau mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Pengetua Tn Hj Muhammad Abduh bin Hj Azraie. Semoga kehadiran Tuan Pengetua dapat merancakkan lagi pembangunan sekolah dari segala sudut.

Program Kecemerlangan Pelajar PT3 dan SPM

Image
Tarikh : 21/1/2017 Hari : Sabtu Masa : 8.00 am - 4.30 pm Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya melaksanakan Program Kecemerlangan bagi pelajar PT3 dan SPM.

SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU

Image
Alhamdulillah, SMA Rembau telah menerima kedatangan guru-guru baru seramai 5 orang pada minggu ini (16/1/2017). Semoga kedatangan kalian akan menambahkan seri dalam SMA Rembau.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMA REMBAU 2017

Image
Tarikh : 18 Jan 2017 Hari : Rabu Masa : 2.30 - 5.00 pm Alhamdulillah, telah selesai kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Tahniah kepada yang berjaya Rumah Temenggung dan yang lain. Kejohanan MSSDR akan berlangsung pada 24 jan 2017. Tahniah semua.

Mesyuarat PLC SMA REMBAU

Image
Tarikh : 17 Jan 2017 Masa : 2.45 pm Tempat : Bilik Gerakan Mesyuarat PLC telah dilaksanakan pada ketetapan yang dinyatakan.