Program Jom Baca Bersama 10 Minit
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan pada 23 April 2025, Khamis yang telah disertai oleh semua warga Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau. Program yang berlangsung selama 10 minit ini (11.00-11.10 pagi) turut disertai oleh pengusaha kantin sekolah dan staff sokongan sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga SEMAHIR, mendisiplinkan diri serta menambah ilmu pengetahuan. Tahniah diucapkan kepada guru, pelajar dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.