Posts

Kejohanan PingPong Daerah Rembau 2016

Image
Kejohanan ping pong tersebut berlangsung pada 19 dan 20 januari 2016. Berlangsung di SMK Dato Sedia Raja. SMA Rembau telah menghantar 16 orang wakil dari 4 kategori : 1. Lelaki 15 2. Lelaki 18 3. Perempuan 15 4. Perempuan 18 Dengan kelengkapan yang serba kurang, serta latihan yang tidak sampai seminggu, berikut adalah keputusannya : - Nurhafizah Rostam : Naib Johan Perempuan 15 - Lelaki 15 - 2 orang ke pusingan kedua - Lelaki 18 - pusingan awal sahaja - perempuan 18 - seorang ke pusingan kedua Seorang pemain SMA Rembau akan mewakili Daerah Rembau ke negeri pada 1 hingga 4 Feb Di Seremban. Semoga kejayaan akan menyusul selepas ini.. Amin..

Latihan Ping Pong SMA Rembau ke daerah

Image
Para pemain sedang berlatih bagi kejohanan ping pong daerah Rembau di SMK Dato Sedia Raja Tarikh kejohanan : 19 dan 20 Jan 2016

Majlis Penyerahan Watikah Pustakawan dan Pengawas Sekolah 2016

Image
Tahniah kepada seluruh warga kepimpinan pusat sumber dan pengawas sekolah atas lantikan. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada tahun ini.

SALAM TAHUN BARU 2016 DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU

Salam Tahun Baru dari warga SMA Rembau. Selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 sesi 2016. Jumlah pelajar tingkatan 1 yang diterima ialah seramai 65 orang. 26 orang daripadanya diterima untuk masuk ke asrama. Pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2016 akan mengikuti kurikulum baharu, Kurikulum Bersepadu DINI. Untuk kurikulum ini, subjek Bahasa Arab yang sebelum ini diajar sebanyak 6 waktu seminggu, akan bertambah sebanyak 15 waktu seminggu. Manakala subjek pendidikan islam akan digantikan dengan subjek Syariah dan Usuluddin masing-masing diajar sebanyak 4 dan 3 waktu seminggu. Kedua-dua subjek ini akan diajar sepenuhnya menggunakan bahasa penghantar bahasa arab. Sekian.

SENARAI NAMA MURID UNTUK TEMUDUGA TINGKATAN 1 2016

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Berikut adalah senarai nama murid yang terpilih untuk menduduki sesi temuduga pemilihan murid tingkatan 1 SMA Rembau 2016. (Terkini 1 Disember 2015 6.56pm) BILIK 1 MUHAMMAD HAZIQ SAFWAN BIN MOHD NOR 030708-05-0319 NOOR A'LIYA DANISYA BINTI MOHD TARSHEHDAN 031109-05-0020 IDHAM KHALID BIN NOR AZELAN 031112-05-0355 AMIRAH AQILAH BINTI KHAIRULNIZAM 031111-05-0054 INTAN NURSHAFIEZA BINTI MOHD HAFIZAL 030411-05-0094 KHAIRUNNISA BINTI KAMAL ARIFFIN   031103-05-0038 MOHAMAD AFIF AMEEN BIN MOHD YUNOS 031214-10-0579 MUHAMMAD AL-KHALIL BIN BADROL HISHAM 030306-05-0041 MUHAMMAD NAJMIUDDIN BIN MOHD NAZAR 030930-05-0045 NU HANA HUMAIRAA BINTI ZAIRI 030802-05-0112 NUR AINI KHAIRINA BINTI NASARUDDIN 031123-05-0182 NUR AIRIN NATASHA NAZRIN BINTI MOHD NORDIN 030119-05-0388 NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI MOHD HELMI 030530-...

PERMOHONAN TINGKATAN 1 SMA REMBAU 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permohonan tingkatan 1 telah pun ditutup. Permohonan akan diproses pada 30 Nov 2015 dan senarai murid yang layak ditemuduga akan disiarkan di laman ini pada hari yang sama atau selewat-lewatnya 1 Dis 2015. Sekian, terima kasih.

PERMOHONAN TINGKATAN 1 SMA REMBAU 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makluman ! Permohonan tingkatan 1 SMA Rembau akan ditutup pada jam 10.00 pagi 28 Nov 2015. Sekian.