Posts

Salam kepada Warga SMA Rembau : PSS SMA Rembau bersedia menerima tempahan kalender 2012 saiz A4 paper atau kecil yang mempunyai gambar pilihan anda. Kami juga menerima tempahan untuk kad ucapan mengikut cita rasa anda:- Hari Guru Hari Lahir Hari Raya Hari Lahir Sebarang kad ucapan Sila buat tempahan : Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh Sertakan gambar pilihan anda Maklumat ucapan anda Semakan kad boleh dibuat pada guru Perpustakaan Sila emailkan tempahan anda – gedungilmu_12@yahoo.com

BORANG KEMASUKAN TING. SATU 2011

Untuk makluman, Borang kemasukan ke Ting. 1 ke SM Agama Rembau 2011 boleh diperolehi di Pejabat SMA Rembau mulai 18 Oktober 2010. Kepada sesiapa yang berminat boleh membeli borang tersebut pada harga RM 2.00. Syarat minimum untuk pemohonan - UPSR- 2 A tanpa E.

TERKINI

Image
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2010 SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI DAN MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ANDA KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010 --------------------------------------------------------------------------------- WARGA BARU Selamat Datang diucapkan kepada ahli keluarga baru SMA Rembau. CIKGU YANTI JU LAIDY BINTI HUSSIN

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2010

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 53 bagi tahun 2010 telah dilaksanakan secara sederhana pada 4 Ogos 2010 di tapak perhimpunan SM Agama Rembau. Majlis ini telah disempurnakan oleh Cikgu Iskan sebagai wakil pihak pentadbir sekolah. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd. Hafizuddin dari 4 Imtiyaz dan diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Saudari Nurul Anis Syafiqah dan nyanyian lagu patriotik dari pelajar 4 Imtiyaz. Acara seterusnya adalah acara penyerahan utusan kemerdekaan yang ditandatangan oleh Cikgu Iskan. Penutupan majlis ini telah semarkkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang diiringi dengan lagu iringan. 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53'.

BULAN MEMBACA DAN PSS 2010

Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Julai. Pertandingan pertama akan dilaksanakan pada 21 Julai dan 28 Julai. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti Pusat Sumber dan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap fungsi dan peranan PSS sebagai sumber rujukan. Di samping mengenalpasti potensi diri individu serta meningkatkan keyakinan diri pelajar menerusi pertandingan yang diadakan. CADANGAN PERTANDINGAN TARIKH/ HARI - 21 JULAI 2010 / RABU PENYERTAAN : PERSATUAN PERTANDINGAN - SPELL IT RIGHT LOKASI - 5 IMTIYAZ HAKIM : EN.ISKAN B. DAMURI & PN.KHAIRANI BT. KHALID KUIZ AM LOKASI - 3 IMTIYAZ HAKIM : CIK SITI HAJAR BT. SULAIMAN & EN. MOHD. HELMI B. ABDULLAH PERTANDINGAN MELUKIS LOKASI - 1 IMTIYAZ HAKIM : PN.SITI ARIJA BT. BUANG & PN.NORAINI BT. MOHD. ALI TARIKH/ HARI - 28 JULAI 2010 / RABU PENYERTAAN : BADAN BERUNIFROM KUIZ BAHASA ARAB LOKASI - 5 IMTIYAZ HAKIM : UST. MOHD. FAUZI B. DAUD & UST.ANUWAR B. ...

Seminar

Image
Program ini terbuka kepada semua pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun. Sesiapa yang berminat sila hubungi pihak penganjur..Segera jangan ketinggalan......

KAD PINJAMAN 2010

Image
Perpustakaan Kad Pinjaman Buku yang baru akan dikuatkuasakan mulai 21 Jun 2010. Setiap warga SM Agama Rembau akan menggunakan kad pinjaman tersebut untuk pinjaman buku yang menggunakan kad. Kad pinjaman ini terdiri daripada warna-warna yang berbeza mewakili setiap tingkatan, guru dan staf. Kad pinjaman ini akan disimpan di perpustakaan dan digunakan apabila pinjaman dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan kad berkenaan agar tidak rosak atau hilang di samping memudahkan pinjaman dilakukan pada waktu yang ditetapkan. Semoga warga SM Agama Rembau memanfaatkan kemudahan yang sediakan. Selamat membaca. Salam , GPM SM Agama Rembau Contoh kad