Posts

Showing posts from May, 2025

Peluncuran Program Penubuhan Galeri Malaysia Madani 2025

Image
Galeri Malaysia Madani merupakan inisiatif untuk mempamerkan pelbagai aspek budaya, sejarah, serta pencapaian Malaysia melalui perspektif "Madani". Konsep "Madani" merujuk kepada masyarakat yang berdaya saing, progresif, berteraskan nilai-nilai mulia, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Galeri ini berperanan sebagai platform untuk memperkenalkan dan menghayati nilai-nilai tersebut dalam konteks sejarah dan budaya Malaysia. Tujuan Penubuhan • Memperkukuhkan Identiti Nasional: Galeri ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai warisan budaya dan sejarah Malaysia, yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian negara. • Mengedukasi Masyarakat: Memberikan pengetahuan kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, mengenai pentingnya nilai-nilai Madani dalam kehidupan seharian. • Mempromosikan Perpaduan: Galeri ini boleh menjadi medan untuk menghargai kepelbagaian kaum, agama, dan budaya di Malaysia, serta menggalakkan semangat perpaduan. • Menjadi Destinasi ...

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Image
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan pada 23 April 2025, Khamis yang telah disertai oleh semua warga Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau. Program yang berlangsung selama 10 minit ini (11.00-11.10 pagi) turut disertai oleh pengusaha kantin sekolah dan staff sokongan sekolah. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga SEMAHIR, mendisiplinkan diri serta menambah ilmu pengetahuan. Tahniah diucapkan kepada guru, pelajar dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.