SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Friday, July 10, 2009

RENUNG-RENUNGKAN

TIP PELAJAR CEMERLANG OLEH DATO’ DR .MOHD.FADZILAH KAMSAH

1.TUHAN MENCIPTA KITA DENGAN PENUH KESEMPURNAAN. BERTINDAKLAH DENGAN CEMERLANG.

2.PELAJAR YANG TIDAK BERDISIPLIN SEMASA BELAJAR BESAR KEMUNGKINAN TIDAK BERDISIPLIN
SEPANJANG HAYAT.

3.SEMUA ORANG MAHU BERJAYA TETAPI CUMA SEGELINTIR YANG BERJAYA KERANA MEREKA BERJAYA
MENGAWAL NAFSU DAN EMOSI.

4.KITA MUDAH LUPA APA YANG KITA DENGAR. KITA SEKADAR TAHU APA YANG KITA LIHAT. KITA
AKAN FAHAM APA YANG KITA AMALKAN ATAU PRAKTIKKAN.

5.APABILA KITA BELAJAR DENGAN NIAT UNTUK BERKONGSI ILMU ATAUPUN MENGAJAR ORANG LAIN,
KITA AKAN DAPAT KEFAHAMAN DAN DAYA INGATAN YANG LUAR BIASA.

6.SETIAP HARI CARILAH ALASAN UNTUK BERUBAH SECARA POSITIF.

7.DI DALAM DUNIA INI, CUMA KITA BERUPAYA MENGUBAH DIRI KITA.

8.APABILA KITA BERUBAH, SEMUA ORANG DI SEKELILING KITA AKAN BERUBAH SEIRINGAN DENGAN
PERUBAHAN KITA.

9.SETIAP MASALAH BERPUNCA DARIPADA DIRI KITA SENDIRI. KITA YANG PERLU
MENYELESAIKANNYA.

10.SEGALA KEHEBATAN SUDAH SEDIA ADA DALAM DIRI KITA. SEKADAR MENANTI UNTUK
DISERLAHKAN.

11.ORANG BIASA YANG MELAKUKAN TINDAKAN LUAR BIASA AKAN MENGHASILKAN PRESTASI LUAR
BIASA.

12.JADIKAN SETIAP HARI ADALAH HARI TERBAIK DAN SEPANJANG KEHIDUPAN ANDA AKAN
CEMERLANG.

13.KEJAYAAN = HIDAYAT + ILMU + AMAL + IKHLAS + ISTIQAMAH + BERTERUSAN BERUBAH SECARA
POSITIF.

14.KEJAYAAN ADALAH MELAKUKAN RUTIN YANG POSITIF SECARA BERTERUSAN.