SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Tuesday, May 24, 2022

PELANCARAN PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (DMK) DAN PELANCARAN PROGRAM NILAM NAFAS BAHARU

           Pada 29 April 2022 bersamaan hari Jumaat, Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Menengah Agama Rembau telah mengadakan Pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan dan Pelancaran Program Nilam yang diadakan sepanjang bulan April dan Mei. Taklimat berkaitan E-Nilam telah disampaikan oleh guru Nilam, Pn. Effa Yuli Binti Md Yusof. Manakala, penerangan tentang templete borang E-Nilam juga telah diperkenalkan oleh cikgu ICT, En. Muhammad Nazirul Bin Bakarudin. Borang ini baru diperkenalkan pada tahun 2022. Murid boleh menyertai pertandingan Kad Raya Nostalgia anjuran sekolah dan juga pertandingan lain seperti Pengkarya Muda Cerpen, Pertandingan Cinta Jawi dan Pertandingan Bicara Buku anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarikh tutup pertandingan pada 31 Mei 2022.



Gimik Pelancaran oleh pengetua SMA Rembau, Tn. Hj Muhammad Abduh Bin Azarai.



Penerangan E-Nilam oleh Pn. Effa Yuli



Penerangan templete borang E-Nilam oleh En. Muhammad Nazirul