PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEK MEN AGAMA REMBAU
(AMBILAN TAHUN 2020) Terkini 1 Dis
----------------------------------------------
Borang permohonan akan dibuka pada 21 November 2019.Tempoh permohonan : 21 November hingga 30 November 2019
Tarikh Keputusan untuk temuduga : 3 Disember 2019
Tarikh Temuduga : 8 Disember 2019
Tarikh Keputusan Penuh : 10 Disember 2019
----------------------------------------------
Syarat-syarat kemasukan :
1. Pemohon merupakan calon UPSR 2019
2. Bapa/Ibu berstatus warganegara Malaysia
3. Mendapat minimum 2A (tanpa D dan E) dalam UPSR
4. Mendapat minimum 6A dalam UPKK
(termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Tilawah danJawi)
(tanpa D dan E)
5. Aktif dalam kepimpinan, kegiatan kokurikulum, ko-akademik dan tiada rekod disiplin berat
6. Sihat tubuh badan
7. Lulus ujian kelayakan.
8. Keutamaan diberikan kepada murid yang menghafaz surah-surah berikut
- Surah Yaasin atau Surah al Mulk atau Surah Waqiah atau Surah Sajadah (salah satu).
9. Keutamaan juga diberikan kepada warga tempatan.
Matapelajaran yang ditawarkan :
Sekolah Menengah Agama Rembau melaksanakan Kurikulum DINI.
Matapelajarannya adalah seperti berikut :
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk Teknologi
- Bahasa Arab Al Muasirah
- Syariah
- Usul al Din
Dokumen yang diperlukan semasa temuduga
(Sila muat turun borang dan dapatkan pengesahan dari pihak sekolah rendah sebelum cuti sekolah bermula)
- Surat pengesahan Guru Pendidikan Islam, GPK HEM dan Guru Besar Sekolah Rendah - MUAT TURUN SURAT di sini (dua helaian).
- Sijil Kelahiran Murid
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Ibu Bapa
- Slip keputusan UPSR
- Pelaporan PBD
- Pelaporan PAJSK
- Pelaporan SEGAK
- Pelaporan Psikometrik
- Sijil-sijil murid (salinan sijil hendaklah disahkan)
----------------------------------------------------------
PERMOHONAN TELAH DITUTUP
----------------------------------------------------------
- Calon-calon yang layak akan disenaraikan di laman blog ini dan akan dihubungi melalui email SAHAJA. Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang surat.
- Calon-calon yang layak, akan dipanggil untuk temuduga pada : 3 Disember 2019
- Keputusan permohonan penuh akan dipaparkan pada : 10 Disember 2019
- Calon diingatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan borang anda ditolak.
- Permohonan palsu dan tidak lengkap akan ditolak.
-----------------------------------------
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Pengetua
SMA Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan
No Tel : 06 685 2404 (8am - 3pm, waktu pejabat sahaja)
No Faks : 06 685 3670
eMail : psssmarembau@gmail.com