SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Wednesday, October 31, 2018

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEK MEN AGAMA REMBAU (AMBILAN TAHUN 2019)

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEK MEN AGAMA REMBAU 
(AMBILAN TAHUN 2019) Terkini 22 Nov

Borang permohonan akan dibuka pada 29 November 2018.


Tempoh permohonan : 29 November hingga 6 Disember 2018


Permohonan yang diterima sebelum atau selepas tarikh yang dinyatakan, tidak akan diproses.

Syarat-syarat kemasukan :
  1. Pemohon merupakan calon UPSR 2018
  2. Bapa/Ibu berstatus warganegara Malaysia
  3. Mendapat minimum 3A tanpa D dan E dalam UPSR
  4. Mendapat minimum 6A (termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Tilawah dan Jawi) tanpa D dan E dalam UPKK
  5. Aktif dalam kepimpinan, kegiatan kokurikulum, ko-akademik dan tiada rekod disiplin berat
  6. Sihat tubuh badan
  7. Keutamaan diberikan kepada murid yang menghafaz surah-surah berikut - Surah Yaasin atau Surah al Mulk atau Surah Waqiah atau Surah Sajadah (salah satu).


Dokumen yang diperlukan semasa temuduga 
(Sila muat turun borang dan dapatkan pengesahan dari pihak sekolah rendah sebelum cuti sekolah bermula)
  1. Surat pengesahan Guru Pendidikan Islam, GPK HEM dan Guru Besar Sekolah Rendah - MUAT TURUN SURAT di sini (dua helaian). 
Sila bawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan bagi item di bawah :
  1. Sijil Kelahiran Murid
  2. Kad Pengenalan Pemohon
  3. Kad Pengenalan Ibu Bapa
  4. Slip keputusan UPSR 
  5. Pelaporan PBD
  6. Pelaporan PAJSK
  7. Pelaporan SEGAK
  8. Pelaporan Psikometrik
  9. Sijil-sijil murid (salinan sijil hendaklah disahkan)


----------------------------------------------------------

PERMOHONAN TELAH DITUTUP
 
----------------------------------------------------------

  • Calon-calon yang layak akan disenaraikan di laman blog ini dan akan dihubungi melalui email SAHAJAPihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang surat.
  • Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga pada : 15 Disember 2018
  • Keputusan permohonan akan disiarkan pada : 8 Disember 2018
  • Calon diingatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan borang anda ditolak.
  • Permohonan palsu dan tidak lengkap akan ditolak.

-----------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pengetua
SMA Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan

No Tel : 06 685 2404 (8am - 3pm, waktu pejabat sahaja)
No Faks : 06 685 3670
email 1 : psssmarembau@gmail.com
email 2 : nft3002@1bestarinet.yes.my