Posts

Showing posts from January, 2017

SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU

Image
Alhamdulillah, SMA Rembau telah menerima kedatangan guru-guru baru seramai 5 orang pada minggu ini (16/1/2017). Semoga kedatangan kalian akan menambahkan seri dalam SMA Rembau.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMA REMBAU 2017

Image
Tarikh : 18 Jan 2017 Hari : Rabu Masa : 2.30 - 5.00 pm Alhamdulillah, telah selesai kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Tahniah kepada yang berjaya Rumah Temenggung dan yang lain. Kejohanan MSSDR akan berlangsung pada 24 jan 2017. Tahniah semua.

Mesyuarat PLC SMA REMBAU

Image
Tarikh : 17 Jan 2017 Masa : 2.45 pm Tempat : Bilik Gerakan Mesyuarat PLC telah dilaksanakan pada ketetapan yang dinyatakan.

Ceramah Keselamatan dan Undang-undang Jalan Raya SMA Rembau

Image
Tarikh : 16 Jan 2017 Masa : 7.20 pagi Penceramah : Sarjan Noor Azilah bt Johari Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Rembau Alhamdulillah, satu ceramah mengenai keselamatan jalan raya telah diadakan di Surau al Amin SMA Rembau. Semoga dengan perkongsian yang amat baik ini akan melahirkan pemandu berhemah kelak. Terima kasih kepada Sarjan Noor Azilah atas perkongsian.

LATIHAN MERENTAS DESA 2017

Image
Tarikh : 11/1/2017 Hari : Rabu Masa : 8.00 - 9.30am Satu latihan merentas desa telah diadakan pada ketetapan yang telah dinyatakan. Latihan diadakan bagi memberi pendedahan laluan trek terutama kepada pelajat baharu bagi sesi ini. Ia juga dapat memberi persediaan fizikal kepada murid. Latihan dijalankan pada waktu pagi memandangkan cuaca yang amat terik disebelah petang. Tahniah semua..!!

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH, PUSTAKAWAN DAN PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)

Image
Tarikh : 9/1/2017 Hari : Isnin Masa : Perhimpunan pagi Majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pustakawan dan PRS telah diadakan untuk memberi semangat dan perangsang kepada murid-murid yang diberi tanggungjawab sebagai badan pimpinan tertinggi di sekolah. Semoga kalian cekal dan dapat membina kekuatan memimpin tanpa meninggalkan kewajipan anda yang sebenar, iaitu menuntut ilmu.. TAHNIAH.. !!!

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2017

Image
Selamat datang ke SMA REMBAU. Pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2017 telah berlangsung pada : Tarikh : 30/12/2016 Hari : Jumaat Tempat : Dewan SMA Rembau Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid yang berjaya masuk ke SMA Rembau. Semoga kalian cemerlang di sini.