Panitia Pendidikan Syariah Islamiah dengan kerjasama dengan Panitia Pendidikan Al Quran dan As Sunnah telah mengadakan lawatan ilmu ke Komplek Kehakiman Syariah Negeri Sembilan pada 4 Mei 2016 yang lalu.
Kami telah disambut dengan mesra oleh En Mohd Nizam (Ketua Pustakawan) dan Pn Nurfadzilah (Ketua Penyelidik).
Seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 dari tingkatan 5 Imtiyaz telah terlibat dalam lawatan ini, diiringi oleh En Khairul Azua dan Pn Siti Arija.
Ini merupakan pengalaman baru bagi para pelajar. Dan diharapkan lawatan ini dapat membantu pelajar terutama dalam proses PdP.