PROGRAM NILAM
SM AGAMA REMBAU 2009
1.0 PENGENALAN
Program NILAM di Sekolah Agama Rembau dilaksanakan selaras dengan dasar kerajaan iaitu meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan dasar tersebut Pusat Sumber Sekolah telah berusaha melaksanakan beberapa aktiviti untuk memenuhi hasrat tersebut.
NILAM di Sekolah Agama Rembau dilaksanakan dalam tiga bentuk iaitu :-
i. NILAM
ii. PEMBACA TERBANYAK
iii. LALUAN IQRA’
iv. PERTANDINGAN BERCERITA / PENGUCAPAN AWAM
2.0 PELAKSANAAN
i. NILAM
Program Nilam melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 mulai bulan April hingga September. Setiap pelajar wajib mengikuti dan dikehendaki mengisi Rekod Membaca .
Program Nilam mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam tabiat membaca yang dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan pelajar dan penggunaan bahan dalam gerakan membaca yang dikenali sebagai RAKAN PEMBACA
Jauhari
Pada tahap JAUHARI ini semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah sepanjang tahun.
Jumlah bacaan / buku Pengiktirafan
72 – 143 Gangsa
144 – 215 Perak
216 – 287 Emas
288 – ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Jauhari Sekolah Menengah
Rakan Pembaca (RP)
Tahap RAKAN PEMBACA mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap RP. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah dalam tahap ini agak rumit kerana melibatkan pelbagai aspek, seperti:-
Bercerita
Membaca bersama
Bicara buku
Meminjam buku
ii. PEMBACA TERBANYAK
Pertandingan ini dijalankan menerusi bilangan buku yang dibaca dan direkodkan dengan lengkap ke dalam Rekod Membaca. Menerusi program ini, pertandingan pembaca terbanyak bulanan dan tahunan akan diadakan dari bulan April hingga bulan September.
Pertandingan Pembaca Terbanyak Bulanan akan dipilih dari kalangan pembaca yang menghantar rekod bacaan serta mencatatkan bacaan terbanyak bagi bulan tersebut. Manakala Pertandingan Pembaca Terbanyak Tahunan akan dipilih dari kalangan pemenang pembaca terbanyak bulanan.
iii. LALUAN IQRA’
Program ini dilaksanakan setiap hari Isnin iaitu semasa perhimpunan pagi dan dijalankan selama 5 minit. Menerusi program ini setiap pelajar dan guru dikehendaki membawa sebarang bahan bacaan dan membaca dalam keadaan senyap bahan bacaan masing-masing selama 5 minit.
Program ini bertujuan untuk menanam kesedaran di kalangan pelajar bahawa menerusi bacaan singkat 5 minit mereka dapat menambah pengetahuan baru serta meningkatkan daya ingatan terhadap bahan bacaan yang di bawa.
iv. PERTANDINGAN BERCERITA / PENGUCAPAN AWAM
Program ini dilaksanakan setiap hari Isnin iaitu semasa perhimpunan pagi. Program ini merupakan pertandingan yang dijalankan mulai bulan Febuari sehingga Oktober pada tahun semasa.
Penyertaan pelajar secara sukarela adalah digalakkan namun guru boleh memilih pelajar untuk persembahan sekiranya bilangan penyertaan tidak mencukupi. Bentuk persembahan adalah bercerita atau pengucapan awam, pilihan oleh pelajar sendiri dan penggunaan bahasa semasa penyampaian adalah seperti berikut :
a. Ting. 1 – BI @ BA @ BM
b. Ting.2 – BI
c. Ting.3 – BI @ BA
d. Ting. 4 – BA
Panel hakim pertandingan adalah terdiri daripada kalangan guru-guru.
AJK Guru Penilai :-
i. BA – Pn. Siti Arija bt. Buang , Pn. Nazirah bt. Ahmad dan
En. Anuwar b. Mohamat
ii. BI – Pn. Khairani bt. Khalid, Pn. Noraida bt. Dahalan dan
Cik Nurul Huda bt. Ramdan
iii. BM – Pn. Norazalina bt. Jaapar, Cik Siti Hajar bt. Sulaiman dan
Pn. Rahimah bt. Haron
3.0 PENUTUP
Usaha untuk mencambah dan meningkatkan minat membaca di peringkat sekolah tidak hanya terhad dengan aktiviti –aktiviti yang dinyatakan di atas. Bahkan banyak lagi aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan membaca di kalangan pelajar bakal dilaksanakan menerusi Bulan Pusat Sumber Sekolah, Bulan Kemerdekaan, aktiviti –aktiviti persatuan- persatuan serta aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran. Adalah diharapkan usaha-usaha murni ini akan membuahkan hasil untuk melahirkan generasi remaja yang bermaklumat di masa akan datang.