SALAM UKHWAH DARI KAMI PSS SMA REMBAU

Friday, October 28, 2016

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 2017


PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEK MEN AGAMA REMBAU 
(AMBILAN TAHUN 2017)

Borang permohonan akan dibuka tidak lama lagi.

Tempoh permohonan : 17 November hingga 28 November 2016


Syarat-syarat kemasukan :
  1. Pemohon merupakan calon UPSR 2016
  2. Bapa berstatus warganegara Malaysia
  3. Mendapat minimum 3A tanpa D dan E dalam UPSR
  4. Mendapat minimum 6A (termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Tilawah dan Jawi) tanpa D dan E dalam UPKK
  5. Aktif dalam kepimpinan, kegiatan kokurikulum, ko-akademik dan tiada rekod disiplin berat
  6. Sihat tubuh badan
  7. Keutamaan diberikan kepada murid yang menghafaz surah-surah berikut - Surah Yaasin atau Surah al Mulk atau Surah Waqiah atau Surah Sajadah (salah satu).


Dokumen yang diperlukan semasa temuduga 
(Sila muat turun borang dan dapatkan pengesahan dari pihak sekolah rendah sebelum cuti sekolah bermula)
  1. Surat pengesahan Guru Pendidikan Islam, GPK HEM dan Guru Besar Sekolah Rendah - MUAT TURUN SURAT di sini (dua helaian).
  2. Sijil-sijil murid (salinan sijil hendaklah disahkan)


---------------------------------------------------------------------------------

BORANG PERMOHONAN AKAN DIBUKA SELEPAS UPSR DIUMUMKAN


---------------------------------------------------------------------------------

  • Calon-calon yang layak akan disenaraikan di laman blog ini dan akan dihubungi melalui email SAHAJA.
  • Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga pada 3 Disember 2016
  • Keputusan permohonan akan disiarkan pada : 1 Dis 2016
  • Calon diingatkan agar mengisi semua maklumat yang diperlukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan borang anda ditolak.
  • Permohonan palsu dan tidak lengkap akan ditolak.

-----------------------------------------

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pengetua
SMA Rembau
71300 Rembau
Negeri Sembilan

No Tel : 06 685 2404 (8am - 3pm, waktu pejabat sahaja)
No Faks : 06 685 3670
email 1 : psssmarembau@gmail.com
email 2 : nft3002@1bestarinet.yes.my

Tuesday, October 25, 2016

Rembau Challenge 2016 - SMA REMBAU

23/10/2016 (Ahad)

Penglibatan warga SMA Rembau dalam Rembau Challenge 2016 (peringkat kebangsaan).

Tahniah warga SMA Rembau.

Monday, October 17, 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2017

Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 akan dibuka secara online / dalam talian. Sistem akan dibuka tidak lama lagi dan akan dimaklumkan melalui blog ini, InsyaAllah.

Qiamullail SMA Rembau 2016

Program qiam untuk warga SMA Rembau.

Audit Akademik SPM 2016

Lawatan dari PPD Rembau bagi menilai dan memberi bimbingan serta sentuhan terakhir khusus buat calon SPM 2016.

Restu Ilmu PT3 2016

Program restu ilmu bagi pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi PT3.

Hari Sukan Negara SMA Rembau

Hari sukan negara telah disambut dengan meriahnya. 3 jenis sukan telah dipertandingkan iaitu Pingpong, bola jaring dan futsal.

PECUTAN AKHIR SPM - GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON

SMA Rembau telah mengadakan program khas bagi pelajar tingkatan 5 2016 di Glory Beach Resort pada 4 hingga 7 Oktober 2016. Bengkel pecutan akhir SPM ini memfokuskan semua subjek yang bakal ditempuhi oleh pelajar tingkatan 5 awal bulan November ini. Bengkel ini merupakan satu inisiatif warga SMA Rembau bagi memberikan suasana baru kepada bakal calon SPM 2016 dalam menyediakan persiapan untuk menghadapi peperiksaan besar itu nanti. Semoga bengkel yang diadakan ini dapat menyuntik semangat baru kepada para calon untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang.